KATA laluan adalah pendinding yang paling ampuh untuk melindungi data peribadi anda daripada digodam.

Jika anda merasakan kata laluan yang anda pilih sudah cukup unik dan selamat, anda mungkin tersilap.

Baru-baru ini penyelidik di sebuah firma keselamatan United Kingdom, Dashlane, dengan kerjasama Virginia Tech, telah menganalisis lebih daripada 61 juta kata laluan.

Hasil kajian itu menunjukkan masih terdapat pengguna yang memilih kata laluan yang mudah diakses oleh penggodam seperti yang dilaporkan The Sun.

Berikut adalah kata laluan yang sering digunakan.

1) 12345678

2) Password

3) Iloveyou

4) Football

5) Princess

6) Baseball

7) Sunshine

8) 1q2w3e4r

9) Superman

10) Linkedin

Selain itu, kata laluan yang bertemakan 'cinta' dan 'benci' turut menjadi pilihan pengguna. Antaranya termasuk:

1) Iloveme

2) Trustno1

3) Beautiful

4) Ihateyou

5) lovelove

Tema muzik dan filem juga tidak ketinggalan untuk menjadi pilihan pengguna.

1) Superman

2) Pokemon

3) Starwars

4) Rockstar

5) Nirvana

Pernahkah anda menggunakan pasukan bola sepak kesukaan anda sebagai kata laluan? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Antara pasukan Liga Juara-juara antara yang paling kerap digunakan ialah:

1) Liverpool

2) Chelsea

3) Arsenal

4) Barcelona

5) Manchester

Sebagai langkah awal untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penggodam, anda dinasihati untuk tidak menggunakan mana-mana kata laluan yang tersenarai di dalam artikel ini.

Elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun yang berbeza. Ini kerana, jika satu akaun anda dapat diceroboh, penggodam boleh masuk ke akaun anda yang lain dengan mudah.

Untuk memilih kata laluan yang selamat, pastikan anda mempunyai kata laluan dengan gabungan huruf, nombor dan simbol khas.

Bertukarlah kepada kata laluan yang lebih selamat dan lindungilah data peribadi anda daripada diceroboh.