Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sony Playstation VR mula dipasarkan Oktober 2016

Sony Playstation VR mula dipasarkan Oktober 2016
Harga Playstation dilihat lebih kompetitif berbanding pengeluar set kepala realiti maya yang lain - Foto YouTube/sonyplaystation
SONY mengumumkan Playstation VR bakal dijual dengan harga $399 (RM1660) dan berada di pasaran pada Oktober 2016.

Pengumuman tersebut disampaikan pada 2016 Game Developer Conference yang berlangsung Selasa lalu di San Francisco.

Harga tersebut dilihat kompetitif berbanding set kepala realiti maya (virtual reality headset) yang dikeluarkan syarikat lain. Misalnya, Oculus Rift dijual pada harga $599 (RM2500) dan Valve keluaran HTC berharga $799 (RM3300).

Menurut ketua pegawai eksekutif Sony Computer Entertainment, Andrew House, Playstation VR juga didatangkan dengan beberapa peranti lain seperti Playstation Camera yang bakal memberikan pengalaman realiti maya yang lebih menakjubkan kepada pengguna.
“Kami menjangkakan 50 permainan video akan tersedia untuk para pengguna apabila produk ini dilancarkan Oktober nanti,” tambahnya.