SATU ciri baharu yang bakal ditambah secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram ialah paparan notifikasi sekiranya ada individu yang merakamkan gambar skrin atau 'screenshot' Instagram Stories milik anda.

Ciri ini mungkin belum membabitkan semua pengguna tetapi bakal diterima semua dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

Bagi pengguna yang merakamkan skrin seseorang buat kali pertama, notifikasi akan diberikan bagi memberitahu bahawa pemilik Instagram Stories akan diberitahu tentang perbuatan anda.

Untuk kali ke seterusnya, tiada lagi notifikasi akan dipapar untuk orang yang merakam skrin, tetapi akan direkodkan dalam statistik pemilik akaun yang dirakam.

Selepas ini siapa perakam akan dikongsi dalam statistik

Ia hanya dipaparkan sekali sahaja dan selepas itu pemilik akan boleh melihat profil perakam gambar Instagram Stories mereka.

Jadi, pemilik Instagram Stories boleh membuat semakan di bahagian statistik Stories melalui ikon khusus yang diperkenalkan.

Ikon ini akan menunjukkan pemilik akaun yang merakam Instagram Stories anda

Ciri baharu ini dijangka boleh membantu dalam mengenal pasti penyebar Insta Stories anda!