Tak perlu risau lagi kalau ada orang 'screenshot' Insta Stories anda!

|

Selepas ni, tak perlu risau sebab kita akan tahu siapa perakam Instagram Stories kita - Foto Fail

SATU ciri baharu yang bakal ditambah secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram ialah paparan notifikasi sekiranya ada individu yang merakamkan gambar skrin atau 'screenshot' Instagram Stories milik anda.

Ciri ini mungkin belum membabitkan semua pengguna tetapi bakal diterima semua dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

Bagi pengguna yang merakamkan skrin seseorang buat kali pertama, notifikasi akan diberikan bagi memberitahu bahawa pemilik Instagram Stories akan diberitahu tentang perbuatan anda.

Untuk kali ke seterusnya, tiada lagi notifikasi akan dipapar untuk orang yang merakam skrin, tetapi akan direkodkan dalam statistik pemilik akaun yang dirakam.



Ia hanya dipaparkan sekali sahaja dan selepas itu pemilik akan boleh melihat profil perakam gambar Instagram Stories mereka.

Jadi, pemilik Instagram Stories boleh membuat semakan di bahagian statistik Stories melalui ikon khusus yang diperkenalkan.



Ciri baharu ini dijangka boleh membantu dalam mengenal pasti penyebar Insta Stories anda!
Outbrain