Dengan kes penculikan kanak-kanak yang sering dilaporkan di media massa ia pastinya membimbangkan ibu bapa.

Mereka tentu mahukan satu gajet yang dapat memantau lokasi anak-anak mereka.

Laman Facebook yang kian mendapat perhatian netizen adalah milik jenama Trouver.

Dilancarkan pada tahun 2014, Trouver merupakan alat mengesan lokasi kanak-kanak dengan mudah dan pantas.

Menurut laman Facebook mereka, Trouver dapat mengesan lokasi kanak-kanak secara ‘Live’ menerusi peranti ibu-bapa.

Selain itu, maklumat yang sama dapat dikongsi bersama ahli keluarga lain.

Jika kanak-kanak itu berada di luar kawasan yang sepatutnya, ia akan memberi amaran segera.

Maklumat peranti ini juga boleh dikongsi bersama orang ramai agar mereka dapat membantu mengesan kanak-kanak itu.

Selain harga yang berpatutan, ia juga tidak mengenakan sebarang caj bulanan.