COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R), kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.

WALKCAR adalah sebuah kereta bersaiz komputer riba berukuran 13 inci yang beratnya hanya 2.8 kg, yang dibina dengan mempunyai badan yang diperbuat daripada karbon. Ia boleh mencapai kelajuan 16km sejam.

Satu caj akan memberikan anda satu jam masa penggunaan. Tidak ada stereng atau peranti kawalan jauh, tetapi dengan hanya mengalihkan berat badan anda pada badan rata WALKCAR, anda boleh pergi ke mana-mana arah. Apabila anda mahu menghentikannya, anda hanya perlu melangkah keluar. Ia boleh didapati pada harga AS$1,280 dan akan memulakan penghantaran dari September 2017.

Pencipta dan Ketua Pegawai Eksekutif COCOA MOTORS Kuniaki Sato, menghasilkan idea untuk "Kereta dalam beg anda" apabila beliau berpindah ke Tokyo untuk melanjutkan pengajian di universiti.

Beliau memerhatikan bagaimana orang ramai bergerak di bandar raya dengan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki berbanding dengan bagaimana beliau memandu keretanya untuk ke mana-mana semasa berada di kampung halamannya.

Beliau mahukan satu bentuk pengangkutan yang membolehkan beliau untuk bergerak ke semua tempat yang anda boleh pergi dengan berjalan kaki, sementara berupaya bergerak untuk jarak yang lebih jauh tanpa mengalami keletihan kerana berjalan kaki.

Dengan penuh inspirasi, beliau dengan segera mula untuk mereka bentuk perisian dari peringkat awal dan hari ini, hasil daripada keghairahan dan kreativiti beliau itu kini boleh dinikmati oleh semua orang.

Sato percaya bahawa kebijaksanaan Jepun ini boleh mengubah dunia -- kini tidak ada keperluan untuk mencari tempat letak kereta; anda sekarang boleh membawa kereta anda di dalam beg anda.

WALKCAR boleh diperolehi untuk pratempahan dan permohonan pembelian di seluruh dunia. Ia akan memulakan penghantaran dari September 2017 ke 13 buah negara di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah, dengan ketersediaan berkembang untuk memasukkan lebih banyak negara, atas permintaan, pada masa terdekat.