Aplikasi WhatsApp melancarkan ujian untuk mengehadkan penghantaran semula mesej kepada multi pengguna, menurut perkhidmatan itu, semalam selepas siri keganasan yang berlaku di India berpunca daripada mesej palsu di India.

Ia tidak memberi butiran lanjut tentang ujian itu atau jenis had yang akan ditetapkan, namun langkah itu bakal dikenakan kepada kesemua pengguna.

"WhatsApp sangat komited terhadap keselamatan dan privasi pengguna. Kami akan terus memperbaiki aplikasi kami dengan ciri mesej disulitkan," menurut WhatsApp menerusi blog.

Jelas mereka, perubahan itu akan memastikan ia menjadi aplikasi mesej peribadi.

Di India, di mana pengguna menghantar mesej semula, gambar dan video lebih banyak berbanding negara lain di dunia, WhatsApp akan cuba mengehadkan penghantaran mesej kepada lima pengguna dalam satu masa dan mengeluarkan butang segera hantar mesej semula kepada mesej media.

Insiden lebih 20 mangsa dibunuh akibat penyebaran mesej palsu di India sejak dua bulan lalu telah menjejaskan pasaran perkhidmatan tersebut yang mempunyai lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia.

Dalam satu kejadian di negeri Assam, 15 lelaki ditahan selepas memukul dua lelaki hingga mati susulan khabar angin tentang orang asing menculik kanak-kanak tersebar di WhatsApps.