PERKHIDMATAN aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan.

Laman pengesan sesawang Down Detector melaporkan pengguna berdepan dengan masalah menghantar dan menerima fail berbentuk multimedia di aplikasi tersebut.

Ia membabitkan perkhidmatan penghantaran foto, video, GIF, 'stickers' dan rakaman audio. Gangguan dikatakan berlaku sejak petang tadi.

Selain Malaysia, media antarabangsa melaporkan masalah berkenaan berlaku di sebahagian negara Asia dan Amerika Selatan serta Eropah.

Bagaimanapun aplikasi tersebut sudah kembali berfungsi seperti biasa sejak kira-kira jam 9:30 malam.