parliament

PARLIMEN: Tempat di mana wakil rakyat harus menghabiskan masa

Adakah anda mahu wakil rakyat anda menjaga kebersihan longkang atau menggunakan fikirannya untuk melaksanakan polisi?

Saya, sebagai seorang pembayar cukai, inginkan ahli parlimen menggunakan kuasa intelektual beliau untuk melaksanakan undang-undang dan membentangkan isu sebenar di parlimen.

Dalam dunia yang lebih ideal, ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri (ADUN) tidak perlu untuk turun untuk membersihkan jalan.

Kerja tersebut adalah tugas pihak berkuasa tempatan dan bahagian khas yang ditugaskan untuk isu tersebut.

Ahli parlimen sering kali dilihat memeriksa dan menunjukkan keadaan longkang dan ini tidak memberikan saya keyakinan terhadap penggubal undang-undang dalam mengambil alih kerajaan.

Sewaktu mengejar populariti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini, saya ingin bertanya kepada calon yang berkempen, undang-undang apa secara tepat harus diperkenalkan atau diubah: Hampir keseluruhan mereka yang telah saya temui akan terkejut mengenai soalan ini.

Dalam mana-mana kes, saya rasa kita tidak seharusnya menunding jari kearah ahli politik kerana mengabaikan sebahagian perkara penting dalam membina negara, dan melihat diri kita juga.

Salah satu daripada motivasi utama kepada ahli politik untuk melakukan apa yang mereka lakukan ialah untuk memenangi undian.

Mereka secara politiknya mempunyai hak untuk memilih menceritakan perihal longkang. Kajian terbaru oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati menjadi “peramah dan mampu menyelesaikan masalah rakyat” merupakan kriteria utama rakyat dalam memilih wakil mereka.

Kedua-dua rakyat dan ahli politik untuk dipersalahkan sekiranya kesemua wakil rakyat hanya menceritakan isu mikro, bila penggubal undang-undang adalah sama penting. Ini yang diperkatakan oleh penganalisis politik Ibrahim Suffian.

“Sementara orang awam Malaysia memahami secara general bahawa ahli politik merupakan penggubal undang-undang, mereka mengharapkan ahli politik mengetengahkan semua isu tempatan, tak kira kecil ataupun besar. Lebih ramai orang perlu mula memahami di mana calon yang mereka pilih sepatutnya menceritakan isu penting, mengetengahkan sesuatu yang lebih besar dan tidak hanya memberikan cenderamata setiap minggu,” kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata, dan saya bersetuju dengannya bahawa pilihanraya tempatan boleh membantu.

Kerajaan tempatan merupakan “lapisan pertama perkhidmatan kerajaan”, dan apabila ia gagal disampaikan, anda tidak boleh salahkan rakyat untuk mengharapkan YB untuk melakukan semuanya dari A-Z.

Untuk melaksanakan semua ini, satu proses pembelajaran diperlukan.

Saya suka bagaimana seorang ahli politik mengakui bahawa kini lebih banyak penonton yang lebih matang dan rakyat meminta ahli politik untuk bertindak dengan lebih matang.

Untuk ahli politik kita berhenti menunjukkan senyuman hanya semasa pilihan raya dan berfikir bahawa mereka berhak untuk dihargai kerana memberi wang kepada pembayar cukai - kita memerlukan orang ramai untuk mula meminta untuk itu.

Sewajarnya ia mempunyai keseimbangan, apabila YB yang mengetepikan pengundi yang memerlukan pertolongan – menyatakan kerja beliau hanya pilisi – beliau hanya mencari masalah.

Bekas Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim secara jujurnya mengakui bahawa ahli politik dan orang ramai tidak berminat untuk bercakap tentang undang-undang dan dasar yang besar.

“Orang ramai lebih risaukan masalah lain, secara semulajadinya calon dan ahli politik terpaksa menceritakan perkara yang diminati oleh ramai orang,” kata ahli politik DAP.

Beliau mendakwa Pakatan Rakyat mempunyai penyelesaian besar dengan bercakap tentang pembaharuan cara perundangan, eksekutif dan kehakiman beroperasi.

Teng berkata, satu perkara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat Selangor ialah untuk mengembalikan kebebasan perundangan, sama ada di peringkat negeri dan persekutuan.

Malaysia sepatutnya beroperasi di bawah doktrin pengasingan kuasa di mana terdapat pembahagian kuasa yang terdiri daripada bahagian eksekutif, perundangan dan kuasa kehakiman di antara cabang kerajaan.

Walaupun saya tidak mendakwa mengetahui segala-galanya tentang bagaimana sebuah kerajaan yang baik harus beroperasi, saya pasti ramai rakyat Malaysia akan setuju dengan saya apabila kita melihat ahli parlimen berhujah tentang perkara-perkara kecil dan berpolitik dalam 'zoo' yang digelar Parlimen.

Jadi yang kita bergantung untuk membaiki longkang kita? Mungkin kita perlu mula menggunakan otak kita dan memaksa diri untuk ahli politik yang lebih baik dan longkang yang lebih baik yang tidak merlukan penetapan yang berterusan.