Astro Awani
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Warga Malaysia ditahan polis Sweden dera anak tidak tunaikan solat

comments
Warga Malaysia ditahan polis Sweden dera anak tidak tunaikan solat

PLAY Click to Expand & Play

KUALA LUMPUR: Sepasang warga Malaysia dilapor ditahan polis Sweden kerana dikatakan menghukum anak sebab tidak menunaikan solat.

Menurut sumber, suami isteri itu ditahan susulan  laporan penderaan oleh salah seorang anak mereka kepada seorang guru.

Guru berkenaan kemudian melaporkannya kepada polis Sweden.

Menurut sumber itu lagi, kes tersebut dijangka dibicara 16 Januari ini.

Laporan itu tersebar dan hangat dibincangkan di dalam sebuah laman Facebook berkumpulan sebuah sekolah berasrama penuh di Cyberjaya.

Astro AWANI menghubungi pihak alumni sekolah tersebut namun rata-rata enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan ini.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Sweden, Malaysia, #SwedenLetThemGo, Azizul Raheem Awalludin, Shalwati Nurshal, Wisma Putra, anak/children

 
twitter tuit pilihan

Damailah kalian disana wahai para penumpang #MH17 semoga roh kalian dicucuri rahmat dariNya #MalaysiaBerkabung #MH17