Tutup
Cerita Banjir flood image
Cerita Banjir logo

HUJAN lebat berterusan selama beberapa hari pada pertengahan Disember 2014 menenggelamkan banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, terutama di pantai timur. Ini banjir paling buruk yang melanda tanahair dalam tempoh empat dekad.

Setahun sudah berlalu; musim tengkujuh datang lagi. Ceritanya masih sama. Air naik ― orang berpindah ke balai raya atau sekolah. Air surut ― orang pulang balik ke rumah.

Setiap tahun begitulah cerita.

Pengungsi banjir ini bagaimanapun bukan hanya sekadar angka ― yang dicatat dan dihebahkan sebagai berita ― berapa banyak orang berpindah atau dipindahkan. Seperti orang lain, mereka ada impian, cita-cita dan harapan.

Wartawan Israr Khalid bersama wartawan foto Shahir Omar dan jurukamera video Hairul Wildan ke Kelantan pada awal November lalu. Lapan kisah yang mereka rakamkan ini adalah cerita manusia ― bukan angka.

Next
pic-home-warnahilang.jpg

Warna Yang Hilang

Mustafa Husain, 68

Kg Kemubu, Kuala Krai

Selepas banjir besar 2014, kampung ini tidak lagi ceria seperti dulu. Tetapi mereka selalu percaya, Tuhan tidak menimpa beban yang tidak mampu mereka tanggung.

Next
pic-home-harapan-2.jpg

Membina Harapan Baru

Azami Harun, 51

Kg Manjur, Kuala Krai

Dia kematian dua anaknya yang lemas di sungai. Tiga tahun kemudian, sungai yang sama menenggelamkan seluruh kampungnya.

Next
pic-home-roticanai.jpg

Penebar Roti

Hamzah Husain

Kg Manik Urai Baru, Kuala Krai

"Siapa yang hendak tolong saya bertukang dan bina semula semua ini? Saya dah tua, tak larat buat seorang diri."

Next
pic-home-mat-taha-2.jpg

Dua Nasib Berbeza

Rozita Ramli & Mat Taha Husin

Bdr Baru Gua Musang, Gua Musang

Mereka dihentam bencana yang sama tapi tak semua orang mendapat bantuan yang serupa.

Next
pic-home-sukarelawan.jpg

Demi Rakyat

Zulbahri Ibrahim

Kg Bahagia, Kuala Krai

Mereka yang bertungkus-lumus berkorban untuk keselesaan orang lain. Mereka yang meninggalkan keluarga kerana tugas dan tanggungjawab.

Next
pic-home-rosli-ghalib.jpg

Pondok Atas Bukit

Rosli Ab. Ghalib, 54

Kg Jelawang, Dabong

Sebelum banjir datang lagi, dia menyusun kayu membangunkan sebuah pondok untuk berlindung menyelamatkan diri.

Next
pic-home-jagung-aziz.jpg

Tuaian Terakhir

Aziz Ibrahim

Sg Stong, Dabong

Sebelum tengkujuh tiba mengirimkan banjir, dia menuai tanam-tanamannya ― memunggah hasil daripada keringat yang dicurahkan ke bumi.

Next
pelajar-gerabak-home-2.jpg

Sahabat Gerabak

Siti Nadia Che Pari & Nor Diana Rosli

Kg Bukit Abu, Jeli

Banjir memisahkan sementara dua remaja yang bersahabat di atas gerabak keretapi.