LELAKI
DI SEBALIK TABIR
Lulusan University of Cambridge, beliau amat memahami selok-belok perniagaan dan dunia politik Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.
Kolum Ceritalah beliau, yang membincangkan perkembangan sosio-politik dan isu semasa rantau ini telah diterbitkan di Malaysia dalam tiga bahasa - Bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu - masing-masing melalui Astro Awani, akhbar The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.
Kolum beliau turut dikeluarkan oleh Kompas.com, akhbar The Jakarta Globe, Jawa Pos dan Kontan di Indonesia, akhbar Today dan Straits Times di Singapura, Post Today di Thailand, Irrawaddy di Myanmar, Vietnamnet Bridge di Vietnam dan South China Morning Post di Hong Kong.
Beliau telah menulis lima buah buku bertajuk "Ceritalah: Malaysia in Transition", "Heroes and Other Stories", "Ceritalah 2: Journeys through Southeast Asia" dan "Ceritalah 3: Malaysia the Dream Deferred", termasuk sebuah buku dalam Bahasa Indonesia, "Ceritalah Indonesia".






















































































