article-main-image
Prev Prev Next Next

vietnam

Apa makna Xi Jinping bagi Asia Tenggara

ADAKAH China - di bawah Presiden Xi Jinping - hegemon baharu Asia Tenggara?

Pemerhati gemar membandingkan Presiden Xi dengan seorang maharaja. Cakap-cakap seumpama itu bertambah selepas Kongres Nasional Parti Komunis China ke-19 di Beijing dan Sidang Kemuncak APEC di Danang, Vietnam yang mana beliau umumnya mendapat pujian.

Banyak orang menganggap Xi sebagai salah seorang pemimpin China yang paling berkuasa - setaraf, atau malah mengatasi pendahulunya yang tidak lama dahulu, Deng Xiaoping dan Mao Zedong.

Juga, dengan Amerika Donald Trump yang sedang berundur penuh, prospek sebuah "Pax Sinica" - satu tata dunia pimpinan China - mungkin menjadi semakin besar.

Maka tidak dapat dielakkan bagi semua orang - dan terutamanya di Asia Tenggara - mencari persamaan-persamaan dalam sejarah China, melihat ke masa lalu untuk mendapatkan petunjuk bagi masa depan di bawah pimpinan Xi Jinping.

Serius, terhormat dan mengkagumkan, Xi mengilhamkan profil personaliti yang tidak terkira ramainya.

Tentunya, kebangkitan beliau hingga menjadi terkenal, penyingkiran pesaing-pesaingnya secara tanpa belas dan pemaksaan personalitinya ke atas negaranya adalah melebihi cita-cita dan kekerasan beberapa pemimpin China paling unggul dalam sejarah.

Memandangkan bahawa pernah suatu masa China - dan boleh dikatakan masih merupakan - sebuah empayar, kecenderungannya adalah untuk membandingkan beliau dengan maharaja-maharaja terdahulu.

 Setem Cina sebagai tanda memperingati 600 tahun ekspedisi pertama Dinasti Ming di Lautan India di bawah Zheng He. Foto China Post

Setem Cina sebagai tanda memperingati 600 tahun ekspedisi pertama Dinasti Ming di Lautan India di bawah Zheng He. Foto China Post


Malah, banyak orang melihat sebuah "Empayar China" yang dipulihkan, dicergaskan (dengan tinta merah), di bawah Xi, sebagai komponen kritikal dalam anjakan geopolitik terhadap Asia-Pasifik.

Tentunya terdapat banyak calon tokoh dalam sejarah untuk Xi. Pengukuhan kuasanya, peluasan pengaruh China dan penekanan terhadap identiti nasional membuatkan sesetengah pihak membandingkan beliau dengan maharaja-maharaja teragung dinasti Qing: Kangxi, Yongzheng dan Qianlong.

Yongzheng, khususnya dikenali dengan usahanya membanteras korupsi dan reformasi kewangan - perkara-perkara yang juga dilakukan oleh Xi.

Yang lain pula percaya beliau adalah seperti maharaja Yongle dari dinasti Ming. Beliau menjadikan semula Beijing sebagai ibu kota imperial dan melaksanakan projek-projek pembinaan yang meluas, dan paling penting, melancarkan pelayaran-pelayaran Zheng He ke Asia Tenggara, dan selanjutnya.

Melihat jauh ke belakang lagi, seseorang boleh dirujukkan pada hubungan meluas antara Kerajaan Tengah dan rantau kita kepada dinasti Song, malah Tang, terutamanya Tang yang meperlihatkan pelayaran terkenal I Ching ke Sri Wijaya.

Kemungkinan persamaan tidak ada penghujungnya - malah ia memberitahu kita lebih mengenai agenda dan kebimbangan orang yang membuat perbandingan itu daripada apa yang China abad ke-21 dan Xi mungkin benar-benar melakukannya.

Bagi Asia Tenggara bagaimanapun, persoalan penting ialah sama ada pemimpin-pemimpin ini dan dinasti mereka memberi kesan positif terhadap rantau kita atau tidak?

 Xi Jinping berjabat tangan dengan Perdana Menteri  Nguyễn Xuân Phúc, pada KTT APEC di Da Nang, Vietnam. Foto Xinhua
Xi Jinping berjabat tangan dengan Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc, pada KTT APEC di Da Nang, Vietnam. Foto Xinhua


Adakah kita memperoleh manfaat ldaripada hubungan perdagangan dan ekonomi yang lebih kuat?

Adakah hubungan rantau ini dengan China - yang mana, jangan lupa adalah asasnya merupakan sistem "tributari", yang mana empayar itu sentiasa berada di atas dan negara-negara lain adalah "orang gasar" yang tunduk - boleh bergerak memberikan manfaat pada kita?

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hubungan China dengan rantau ini tidak pernah 100 peratus memberikan kesan baik atau tanpa berkepentingan - tidak kira apa saja zamannya.

Pelayaran-pelayaran Zheng He, umpamanya, juga termasuk penyerbuan ibu kota Sri Wijaya, Palembang pada tahun 1407 kerana jelasnya untuk membanteras kegiatan lanun China di rantau ini.

Kedua-dua dinasti Ming dan Qing melancarkan pencerobohan ke atas Vietnam (1407-1427 oleh Ming dan 1788 dan 1789 oleh Qing) dan Burma (empat pencerobohan setiap satu antara 1382-1449 dan 165-1769).

Tahap perhatian Asia Tenggara yang diperoleh dari China adalah juga pelbagai sepanjang abad-abad itu.

Fokus maharaja-maharaja Qing selalunya lebih, kalau tidak secara eksklusifnya pada negeri warisan asal mereka di Asia Tengah.

Potret Yongzheng, Kaisar Dinasti Qing, memakai busana persidangan. Foto Wikimedia Commons
Potret Yongzheng, Kaisar Dinasti Qing, memakai busana persidangan. Foto Wikimedia Commons


Kebanyakan dinasti China berkecenderungan untuk bergerak ke dalam negeri, terutamanya ketika di penghujung pemerintahan mereka.

Pastinya, apa saja pengaruh China yang ada di Asia Tenggara boleh dihujah bahawa ia telah kehilangan akibat kemaraan kolonialisme Barat, selaras dengan kemerosotan dan kebobrokannya.

Adalah juga amat bermakna bahawa Revolusi 1911 yang menumbangkan dinasti Qing dan monarki China telah dengan jelas disokong oleh orang China seberang laut di Asia Tenggara, banyak daripadanya datang ke sini selepas pengalaman Qing yang dimalukan melalui Perang-perang Candu (1839-1842 dan 1856-1860) dan Pemberontakan Taiping (1850-1871).

Apa yang hendak ditunjukkan di sini: Asia Tenggara tidak mahukan hegemon.

Kita mahu China yang kuat tetapi sedikit tertumpu pada hal ehwal dalamannya sendiri.

Dengan demikian, kita di rantau ini boleh memainkan Kuasa-kuasa Besar di antara satu sama lain. Kita mahu mereka berlumba mendapatkan sokongan dan perhatian kita, bukan sebaliknya.

Sebuah batu peringatan sebagai tanda pendaratan Laksamana Zheng He di 1405, Melaka, Malaysia. Foto Wikimedia Commons
Sebuah batu peringatan sebagai tanda pendaratan Laksamana Zheng He di 1405, Melaka, Malaysia. Foto Wikimedia Commons


Tidak ada sesiapa yang menafikan keperluan untuk menangani China: secara ekonomi, politik dan budaya.

Tetapi Xi Jinping yang amat berkuasa dan China yang semakin berani bukanlah menurut kepentingan Asia Tenggara.

Para pengkagum Xi yang berminat untuk menganggap beliau sebagai 'Yongzheng baharu' harus ingat bahawa pemerintahan Maharaja Qing menandakan titik ubah sejarah China, kerana Kerajaan Tengah itu kecundang dengan dasar-dasar yang silap pada permulaan pemerintahannya.

Maka ketika China berada dalam ayunan tinggi, suatu tindakan yang silap mungkin sedang berlaku - terutama jika krisis hutang sedang membayangi dan peningkatan ketidaksaksamaan pendapatan dalaman tidak diselesaikan.

Melihat pada sejarah, mungkin akhirnya perkara itu bukanlah suatu yang buruk bagi Asia Tenggara.



Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr



SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp