article-main-image
Prev Prev Next Next

indonesia

Emil Dardak: Bintang yang sedang meningkat

PILIHAN raya Malaysia bukan satu-satunya "permainan" pengundian di Asia Tenggara. Pada 27 Jun, rakyat Indonesia akan memilih Gabenor, Bupati dan Datuk Bandar di 171 tempat. Malah, tiga pertandingan gabenor yang paling banyak diperhatikan -- Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur -- melibatkan lebih banyak pengundi daripada pilihan raya Malaysia yang sedang ditunggu-tunggu dengan hebat itu.

Banyak pemerhati melihat pertandingan ini sebagai satu petanda kunci untuk peluang Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam persaingan presiden 2019.

Lagipun, rebutan bagi Jawa Timur -- suatu wilayah dengan penduduk lebih 39 juta dan 31 juta pengundi -- menyaksikan kemunculan salah seorang ahli politik ASEAN paling muda dan paling cerdik, calon Timbalan Gabenor, Emil Dardak yang berusia 33 tahun. Beliau ialah Bupati Trenggalek.

Beliau seringkali dilihat bersama anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Agus Harimurti Yudhoyono (39 tahun), Emil adalah sembilan tahun lebih muda daripada seorang yang pernah menjadi "bintang meningkat" serantau, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berusia 42 tahun.

Emil punyai aura kontemporari bersahaja. Baju kemeja yang dilepaskan keluar, dengan lengan disingsing, beliau menyambut setiap orang dengan menghulurkan tangan yang kemas dan melontarkan senyuman manis. Suaranya juga penuh kehangatan. Lagipun sebelum menyertai politik, beliau adalah seorang penyanyi, mendendangkan lagu seperti "Sesaat Kau Hadir".

Emil memiliki keyakinan, jelas berbicara dan bingkas bergerak. Beliau mempunyai pilihan polisi kerjanya mengikut istilah seperti "fungibiliti" dan "lekukan bekalan agregat jangka panjang".

"Saya lebih sangat teknokratik dalam jawapan saya kerana, anda tahu, saya belum lagi menjadi ahli politik," katanya berseloroh.

Khofifah Indar Parawansa adalah calon Gabenor Jawa Timur yang merupakan regu Emil. Foto Tribunnews/Irwan Rismawan

Khofifah Indar Parawansa adalah calon Gabenor Jawa Timur yang merupakan regu Emil. Foto Tribunnews/Irwan Rismawan


Emil tentunya mempunyai kelayakan untuk itu. Setelah memperoleh ijazah pertamanya dari University of New South Wales (UNSW), beliau dilaporkan menjadi sarjana kedoktoran Jepun paling muda, pada usia 22 tahun. Ia diikuti dengan perkhidmatannya di Bank Dunia dan Dana Jaminan Infrastruktur.

Anak kepada Hermanto Dardak, seorang bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Emil datang dari sebuah keluarga yang mempunyai susur galur mendalam di Trenggalek. Pastinya perkahwinannya dengan pelakon popular Arumi Bachsin tidak menjejaskan beliau. Sebaliknya isterinya itu turut sering menyumbang kuasa bintangnya dalam kempen beliau.

Trenggalek secara perbandingannya merupakan daerah yang ketinggalan. Pada IDR21.6 juta, KDNK per kapitanya adalah lebih rendah daripada separuh purata nasional dan 12.96 peratus penduduknya dikelaskan sebagai miskin. Lebih-lebih lagi malangnya, ia terletak jauh ke selatan di Jawa Timur, sebuah kawasan yang sering dirundung kekurangan air, kekeringan tanah dan kelemahan infrastruktur.

Walaupun cabaran-cabaran itu, beliau telah melaksanakan tugas bupatinya dengan baik iaitu menggunakan kepakaran beliau untuk mempelbagaikan ekonomi wilayah yang terutamanya adalah berbentuk pertanian.

Beliau menggalakkan pelancongan melalui kempen #ilovetrenggalek dengan fokus kepada kebudayaan tempatan dan keindahan pantai.



Beliau juga menggunakan kesemua daya tariknya untuk menggalakkan pelaburan ke "koridor selatan" Jawa yang kelihatannya telah dipinggirkan dengan kebanyakan projek utama difokuskan pada bahagian utara seperti jalan bertol Trans-Jawa. Pada waktu sama, Emil adalah pendokong kuat bagi perusahaan kecil yang berasaskan komuniti.

Usaha-usaha ini kelihatan mendatangkan hasil sebagai pelaburan yang menjadi kenyataan di wilayah itu dengan peningkatan 12.1 peratus pada tahun 2017. Pada tahun sama, pentadbirannya menerima anugerah mengiktiraf kerja-kerjanya dengan perniagaan kecil.

"Kerajaan perlu bertindak tegas apabila membantu pihak terpinggir. Saya percaya jika kami menjadikan kesemua lima prinsip Pancasila (ideologi nasional Indonesia) sebagai satu, ia akan dipanggil "gotong-royong". "Gotong royong" adalah asasnya bermaksud bahawa kesemua kita --- tanpa mengira kecenderongan peribadi -- mesti menyatukan tangan membantu di antara sama lain tanpa mengira untung atau rugi."

Apabila ditanya mengenai cita-cita politiknya, beliau memperkecilkan kesemuanya.

"Saya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menjadi Timbalan Gabenor. Dorongan bagi penamaan saya datang dari pemimpin-pemimpin agama tempatan. Saya sebenarnya tidak memiliki peta jalan atau rancangan besar."

Namun begitu, beliau mempunyai wawasan luas untuk Jawa Timur.

"Saya miliki suatu impian bahawa suatu hari Jawa Timur akan menjadi seperti California, pusat bagi ekonomi berasaskan pengetahuan dalam bidang-bidang seperti perubatan dan perniagaan digital. Saya mahu tempat ini menjadi penggerak ekonomi Asia-Pasifik."

Tetapi fokus beliau adalah lebih daripada hanya mengenai ekonomi. "Jawa Timur sepatutnya menjadi kubu kepelbagaian di Indonesia sementara akar umbinya kekal Islam. Pesantren mempunyai peranan untuk dimainkan dalam membentuk suatu model bagi masyarakat yang adil, bukan hanya di Indonesia tetapi seluruh dunia."

Namun, akan sentiasa ada soal politik untuk diambil kira (dan diatasi) sebelum beliau dapat menjadikan impiannya terhadap wilayah itu menjadi kenyataan.

Ketika ini, Emil merupakan Bupati Trenggalek, daerah yang relatif miskin, jauh di selatan Jawa Timur. Foto Ceritalah
Ketika ini, Emil merupakan Bupati Trenggalek, daerah yang relatif miskin, jauh di selatan Jawa Timur. Foto Ceritalah


Selaras dengan politik Indonesia yang kompleks, Emil, walaupun masih dikira muda telah mula bekerja bersama parti-parti utama.

Malah, untuk menyertai pilihan raya ini beliau terpaksa menentang PDI-P yang sebelum ini menyokong beliau.

Sungguhpun begitu: "Saya tidak percaya pada memutus langsung hubungan kerana hidup ini adalah suatu kitaran besar --- ada masa kamu di atas, ada masa kamu di bawah. Saya benar-benar menghormati PDI-P. Kita semua berjuang untuk memelihara nilai-nilai Bung Karno (Sukarno), presiden pertama Indonesia."

Dua calon gabenor --- regu Emil, Khofifah Indar Parawansa dan pesaingnya Saifullah Yusuf ("Gus Ipul") adalah begitu terkenal hingga ke peringkat keletihan pengundi. Bekas ahli parlimen dan menteri, Khofifah akan berupaya menarik undi wanita memandangkan beliau adalah ketua Muslimat, atau sayap wanita salah satu pertubuhan utama Islam Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU). NU amat berpengaruh tinggi di Jawa Timur yang begitu kuat pegangan agamanya, sesuatu yang tidak menghairankan.

Begitu juga, Gus Ipul akan memperoleh sokongan dari kebanyakan lelaki memandangkan beliau adalah bekas ketua Ansor, sayap pemuda NU dan juga anak saudara kepada Allahyarham Abdurrahman Wahid ("Gus Dur"). Gus Dur pula adalah cucu pengasas NU dan beliau adalah seorang bekas presiden.

Kedua mereka adalah tokoh mapan yang akan menarik sokongan dari pangkalan NU.

Maka, muka-muka baharu --- Emil dan regu Gus Ipul, Puti Guntur Soekarno (cucu Sukarno) yang akan mengujakan pertandingan itu.

Adalah suatu yang membawa banyak persoalan untuk menyaksikan bahawa Emil Dardak yang lahir dan membesar di Jakarta telah menyertai politik. Beliau menampilkan suatu model baharu bagi anak-anak muda Indonesia yang bercita-cita tinggi untuk membina kerjaya politik mereka dari bawah menggunakan dunia luar Jakarta untuk dijadikan tapak pelancar bagi aspirasi nasional mereka.

Menang atau kalah, Emil telah dikenali dengan meluas.

Dan selepas itu.... siapa tahu di manakah akhirnya bintang meningkat ini akan sampai?


SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp