article-main-image
Prev Prev Next Next

vietnam

Indonesia dan Vietnam: Siapa kejar siapa?

PRESIDEN Trump adalah pengubah permainan dan dalam bentuk yang pelbagai. Ketika mana Asia Tenggara jarang terdapat dalam agendanya, 'Perang Perdagangan' yang dicetuskan oleh Trump boleh jadi berakhir dengan penetapan semula bidang pembuatan global dan rangkaian bekalan yang keseluruhannya penting dengan para pengeksport mengurangkan pendedahan mereka terhadap China.

Bagi tiga gergasi ASEAN - Indonesia, Filipina dan Vietnam - setiap daripadanya mempunyai penduduk lebih 90 juta, keadaan ini boleh menjadi satu peluang besar. Intinya ialah setiap satu daripada tiga itu bersaing untuk menarik pelaburan industri dan peluang pekerjaan yang hadir bersama dengannya. Buat masa ini, Vietnam adalah negara yang paling berjaya.

Malah, Samsung - pembuat telefon pintar paling besar di dunia telah melabur USD17 bilion di Vietnam, menyumbang hampir satu suku daripada eksport penuh Vietnam berjumlah USD214 bilion pada 2017 saja.

Vietnam memimpin. Sistemnya yang terbuka dan boleh dikatakan kurang birokratik menghasilkan pembangunan pesat dan pelaburan yang tinggi. Ceritalah
Vietnam memimpin. Sistemnya yang terbuka dan boleh dikatakan kurang birokratik menghasilkan pembangunan pesat dan pelaburan yang tinggi. Ceritalah


Di dua kilang pembuatannya - Bac Ninh dan Thai Nguyen terletak di luar ibu negara Hanoi, kelihatan seperti bandar raya kecil yang tersebar merentas dataran Sungai Merah. Dan ia merupakan satu fasiliti yang besar - dengan pekerja lebih 149,000 orang.

Jadi, sebagai prospek pada suatu gelombang utama penempatan semula industri dari China yang kian bertambah mahal, adalah menjadi suatu realiti bahawa tiga negara manakah yang akan muncul sebagai pihak yang paling banyak memperoleh manfaat?

Sedihnya, Filipina dengan infrastrukturnya yang memburuk, tenaga yang mahal dan birokrasi yang teruk kekal berada di luar persaingan.

Vietnam yang mendahului negara-negara ini. Sebagai contoh, pada 2017 saja, Vietnam menarik USD35.88 bilion dalam FDI sementara Indonesia dengan hampir tiga kali bilangan penduduk berada di belakang dengan hanya menarik USD 32.34 bilion.

Penduduk Vietnam telah melalui peperangan selama lebih 30 tahun, tetapi selepas Doi Moi, mereka telah menyaksikan pertumbuhan yang dramatik. Ceritalah
Penduduk Vietnam telah melalui peperangan selama lebih 30 tahun, tetapi selepas Doi Moi, mereka telah menyaksikan pertumbuhan yang dramatik. Ceritalah


Pada fikiran saya, terdapat empat isu kunci yang menentukan daya saing nasional.

Pertamanya ialah pendidikan. Ketiga-tiga negara itu mempunyai jutaan pekerja muda. Cabarannya ialah memadankan tenaga kerja dengan keperluan industri. Sementara kedua-dua Indonesia dan Vietnam, menghasilkan lebih 100,000 jurutera setiap tahun, tetapi kesesuaian mereka bagi pekerjaan seringkali dipersoalkan. Malah terdapat kekurangan jurutera pada masa depan dalam tempoh dua ke lima tahun. Menurut Institusi Jurutera Indonesia, negara itu kekurangan 280,000 jurutera menjelang 2023. VietnaWorks, sebuah agensi pekerjaan atas talian paling utama menganggarkan kekurangan 500,000 jurutera IT pada tahun 2020.

Karakter dan sejarah negara merupakan kuasa yang memacu pembangunan ekonomi. Gaya 'trickle-down' ekonomi Barat tidak berkesan di Indonesia mahu pun Filipina. Ceritalah
Karakter dan sejarah negara merupakan kuasa yang memacu pembangunan ekonomi. Gaya 'trickle-down' ekonomi Barat tidak berkesan di Indonesia mahu pun Filipina. Ceritalah


Tentunya, terdapat keperluan penekanan lebih besar pada latihan dan penempatan vokasional berasaskan pada keperluan khusus industri.

Isu kedua ialah Nasionalisme. Halangan-halangan kepada perniagaan ini umumnya bersifat retorik dan banyak digunakan oleh pemain elit dengan kepentingan-kepentingan mendalam untuk menghalang persaingan.

Peliknya di Indonesia, lebih 350 perniagaan di bawah enam belas industri berada pada senarai negatif (atau dihalang) kerajaan. Sebagai perbandingan, kerajaan Komunis Vietnam telah mengehadkan senarai pelaburan negatif kepada hanya empat sektor strategik yang mana ia meliputi penyiaran, import/eksport, lapangan terbang dan telekomunikasi.

Tiga gergasi ASEAN bersaing untuk menarik pelaburan industri - siapa yang berjaya? Ceritalah
Tiga gergasi ASEAN bersaing untuk menarik pelaburan industri - siapa yang berjaya? Ceritalah


Apapun kesnya, kerajaan-kerajaan perlu menjelaskan mengapa sektor-sektor tertentu dihalang daripada penyertaan pihak asing; adakah ia merupakan persoalan keselamatan nasional (industri keselamatan) atau untuk memelihara sektor berpekerjaan tinggi yang khusus (pertanian dan pemprosesan makanan)?

Isu ketiga ialah Demokrasi. Bercanggah dengan apa yang dihujahkan oleh media liberal Barat, kebanyakan pelabur tidak mempedulikan demokrasi dan hak asasi manusia --- apa sebabnya berduyun-duyun korporat Amerika asuk ke Republik Rakyat China sejak beberapa dekad lalu?

Adalah penting untuk membezakan antara prinsip-prinsip demokrasi dan isu kepastian perundangan. Syarikat korporat multinasional (MNC) lebih selesa beroperasi dala mpasaran yang menghormati keluhuran kontrak dan mempunyai sistem perundangan yang sewajarnya tidak korup (seperti Singapura). Perkara sama adalah benar bagi peraturan pelaburan yang begitu banyak serta menyusahkan pengurus-pengurus MNC di negara-negara seperti Filipina dan Indonesia. Sungguhpun begitu, pembasmiannya akan mendatangkan perbezaan bermakna kepada peluasan perniagaan.

Tekstil Jakarta. Jakarta dan Hanoi memiliki persamaan, kedua-duanya padat dengan penduduk dan perusahaan kecil. Ceritalah
Tekstil Jakarta. Jakarta dan Hanoi memiliki persamaan, kedua-duanya padat dengan penduduk dan perusahaan kecil. Ceritalah


Isu keempat ialah lebih besar --- iaitu persoalan 'watak' nasional dan sejarah. Orang Vietnam telah mengharungi perang lebih 30 tahun -- berdepan dengan penakluk bersilih ganti, dari Perancis, hinggalah ke Amerika dan China. Reformasi ekonomi (yang dipanggil Doi Moi) hanya diperkenalkan pada tahun 1986 dan selepas itu, pertumbuhan negara itu meningkat mendadak --- dari GDP bernilai USD36.65 bilion pada tahun 1987 kepada USD223.6 bilion pada tahun 2017. Adalah jelas, sejak beberapa dekad lalu menyaksikan suatu tempoh 'mengejar balik' apabila generasi lebih muda menikmati hasil sistem ekonomi yang lebih kapitalis.

Perkara yang sama tidak boleh diperkatakan terhadap Indonesia dan Filipina yang mana berdekad-dekad apa yang disebut sebagai ekonomi gaya Barat "meniris ke bawah" telah menyebabkan banyak jutaan masih miskin dan terpinggir ---- hampir 26 juta orang Indonesia saja hidup di bawah garis kemiskinan. Belum lagi disebut kecurigaan mendalam terhadap Konsensus Washington --- satu set dasar preskripsi ekonomi yang kelihatan menawarkan banyak tetapi sebenarnya memberi sedikit.

Maka ketika Presiden Trump terus menyerang China, gergasi-gergasi Asia Tenggara perlu membuat keputusan sukar untuk menjadikan mereka menarik terhadap pelaburan asing. Jika tidak, peluang bersejarah ini akan terlepas dan jutaan pekerjaan pembuatan hilang daripada rantau ini.

Di Indonesia, lebih 350 perniagaan di bawah 16 industri berada dalam senarai negatif, memberi kesan kepada projek infrastruktur. Ceritalah
Di Indonesia, lebih 350 perniagaan di bawah 16 industri berada dalam senarai negatif, memberi kesan kepada projek infrastruktur. Ceritalah


*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI





 

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp