article-main-image
Prev Prev Next Next

myanmar

Kehidupan di Yangon dari pandangan seorang pekerja bank muda

WAKTU menunjukkan pukul 5 petang pada hari Rabu dan keadaan di jalan-jalan di Yangon hampir tidak bergerak langsung. Matahari terbenam awal di kota 7.36 juta penduduk ini.

Syukur, sejak musim sejuk, cuaca bertambah dingin dan kering berbanding waktu lain pada tahun yang sama. Maka ketika senja berlabuh di salah satu lokasi lalu lintas yang paling tidak terkawal di Asia - kenderaan dengan pemanduan sebelah kiri dan kanan berada di atas jalanan - pasukan Ceritalah melencong ke sebuah kafe di kejiranan kelas pertengahan di Perbandaran Tawe, tidak jauh ke timur dari kawasan beli-belah Yangon.

Myo Zaw Khant memiliki senyum yang malu-malu namun pembawaannya sangat disiplin. - Mai Duong/Ceritalah
Myo Zaw Khant memiliki senyum yang malu-malu namun pembawaannya sangat disiplin. - Mai Duong/Ceritalah


Myo Zaw Khant ialah seorang pembantu bank berusia 26 tahun.

Walaupun kelam-kabut di luar, dia merupakan lambang penampilan profesionalisme yang tenang --- memakai longyi kapas tradisional dan kemeja putih tanpa kolar. Dia mempunyai senyuman yang tersipu-sipu, pendiam dan berdisiplin.

'Ko' (yang bermaksud ‘Encik’ bagi orang muda) Khant berasal dari Mawlayine (atau Moulmein), sebuah pelabuhan tua dan pernah menjadi kubu British, kira-kira 300 kilometer ke tenggara ibu kota.

"Saya telah bekerja di bank sejak dua tahun lalu. Saya bermula sebagai juruteknik komputer. Saya sentiasa sukakan teknologi dan komputer,” ujarnya.

Ko Khant tinggal bersama keluarganya di apartmen di kota kecil Dawbon, daerah tenggara Yangon. - Foto: Myo Zaw Khant
Ko Khant tinggal bersama keluarganya di apartmen di kota kecil Dawbon, daerah tenggara Yangon. - Foto: Myo Zaw Khant


Si bujang itu adalah antara empat adik-beradik lelaki, serta peminat Manchester United (beliau bermain bola sepak setiap hujung minggu dan menghindari kelab-kelab malam.

Khant berpindah ke Yangon sembilan tahun lalu. Dia bernasib baik kerana keluarganya membeli sebuah flat beberapa tahun lalu di kawasan perbandaran Dawbon di barat daya Yangon, menyebabkan beliau tidak perlu menyewa.

Dia berbasikal untuk pergi ke tempat kerja yang hanya sejauh 2 kilometer dan mengambil masa 20 minit.

"Saya tidak mampu untuk membeli kereta. Lagipun saya akan melanggar lalu lintas itu,” ujarnya.

Myo Zaw Khant bukanlah orang pertama dalam keluarganya yang dapat pekerjaan kolar putih.

"Bapa saya adalah seorang penjawat awam. Bagaimanapun, kini dia telah bersara dan menjadi penanam padi. Ibu saya masih bekerja sebagai penjahit di kota ini,” ceritanya.

Sistem kewangan Myanmar pernah melalui zaman lonjakan dan kejatuhannya. - Ye Aung Thu/AFP/Ceritalah
Sistem kewangan Myanmar pernah melalui zaman lonjakan dan kejatuhannya. - Ye Aung Thu/AFP/Ceritalah


Tugasnya sebagai pekerja bank melangkaui kerja-kerja perakaunan.

“Selain mengurus wang tunai, saya juga membantu operasi teknikal bank seperti perbankan dalam taliannya. Kadang-kadang saya menangani kesilapan teknikal dan aduan pengguna, sesuatu yang tidak menyeronokkan,” kata pemuda ini.

Myanmar, seperti ekonomi-ekonomi ASEAN yang lain, sedang berdepan dengan pengukuhan dolar AS, ketidaktentuan akibat perang dagang yang dicetuskan Trump, serta kemungkinan sekatan-sekatan ekoran krisis berdarah Rohingya. - Mai Duong /Ceritalah
Myanmar, seperti ekonomi-ekonomi ASEAN yang lain, sedang berdepan dengan pengukuhan dolar AS, ketidaktentuan akibat perang dagang yang dicetuskan Trump, serta kemungkinan sekatan-sekatan ekoran krisis berdarah Rohingya. - Mai Duong /Ceritalah


Sistem kewangan Myanmar pernah melalui zaman lonjakan dan kejatuhannya. Suatu krisis perbankan pada tahun 2003 telah membawa kepada banyak pengeluaran wang akibat panik dan ada bayangan tentang kemerosotan nilai aset.

Bagaimanapun, dengan hanya 10 peratus daripada 53.9 juta penduduk negara itu yang memiliki akaun bank, prospek pertumbuhan adalah besar. Itupun, kepercayaan masih menjadi isu kritikal.

Tetapi adakah keadaan itu sedang berubah?

"Kepercayaan? Saya boleh kata ia adalah kira-kira di tengah - terdapat lebih banyak orang mula menyimpan tunai mereka dalam bank berbanding di rumah. Bagi saya, secara peribadi, saya berupaya menyimpan AS$250 sebulan, kerana saya tidak perlu membayar sewa bulanan AS$75 untuk apartmen ini. Saya menyimpannya dalam akaun saya,” jelasnya.

Satu tinjauan baru-baru ini oleh Visa pada Ogos 2017 di lima pusat bandar utama termasuk Yangon dan Mandalay menunjukkan bahawa 49 peratus orang dewasa berminat untuk membuka sebuah akaun bank.

 Bank Dunia mengambil langkah berhati-hati dengan merendahkan unjuran pertumbuhan Myanmar bagi 2019, dari 0.4 peratus ke 6.5 peratus. - Mai Duong/Ceritalah
Bank Dunia mengambil langkah berhati-hati dengan merendahkan unjuran pertumbuhan Myanmar bagi 2019, dari 0.4 peratus ke 6.5 peratus. - Mai Duong/Ceritalah


Sementara bank-bank Myanmar mempunyai lebih 1,000 cawangan seluruh negara dan merancang untuk menambah bilangan ATM hingga mencecah paras 2,000, suatu alternatif boleh digerakkan supaya lebih banyak individu menyertai perkhidmatan kewangan.

Kemudian datang perbankan bergerak.

"Kini ia mudah --- orang tidak perlu pergi ke bank setiap masa dan saya boleh dengan cepat memindahkan wang kepada ibu bapa saya. Lihatlah ini!" Ujar Khant sambil menunjukkan telefon pintar hitamnya.

90 peratus daripada penduduknya mempunyai akses pada telefon mudah alih dan sekurang-kurangnya 80 peratus menggunakan telefon pintar. Syarikat-syarikat e-dagang seperti Red Dot Network, yang mempunyai lebih daripada 3,000 peruncitnya i seluruh Yangon, Mandalay dan Nay Pyi Taw; serta pembekal telekom Norway, Telenor, sudah bekerjasama dengan bank-bank untuk mengaut keuntungan dari suatu potensi besar.

Tetapi Myanmar, seperti ekonomi-ekonomi ASEAN yang lain, sedang berdepan dengan pengukuhan dolar AS, ketidaktentuan akibat perang dagang yang dicetuskan Trump, serta kemungkinan sekatan-sekatan ekoran krisis berdarah Rohingya.

Walaupun eksport tekstil (kini lebih AS$2 bilion setahun) semakin berkembang meskipun berlatarkan gaji yang rendah, Bank Dunia mengambil langkah berhati-hati dengan merendahkan unjuran pertumbuhan bagi 2019, dari 0.4 peratus ke 6.5 peratus.

Tinjauan pada Ogos 2017 menunjukkan bahawa 49 peratus orang dewasa berminat untuk membuka sebuah akaun bank. - Mai Duong/Ceritalah
Tinjauan pada Ogos 2017 menunjukkan bahawa 49 peratus orang dewasa berminat untuk membuka sebuah akaun bank. - Mai Duong/Ceritalah


Bagi Khant pula, beliau merindukan masa depan yang lebih ringkas. Ketika mana beliau mengakui telah membaca versi cetak akhbar Myanmar Alin dan menelusuri halaman-halaman Facebook 7Days dan Irrawaddy, beliau enggan ditarik ke dalam soal-soal politik.

"Saya suka hendak menjadi seorang jurutera rangkaian, kembali ke Mawlamyine dan berkeluarga. Mungkin saya menguruskan perniagaan saya sendiri sebelum menjadi terlalu tua,” katanya.



*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI




SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp