article-main-image
Prev Prev Next Next

indonesia

Krismas di Surabaya

SELAMAT Hari Krismas! Selamat Hari Natal, kota kedua terbesar Indonesia. Dengan penduduk - termasuk di persekitaran kota yang berjumlah lebih lapan juta - Surabaya adalah pusat perniagaan penting. Ia adalah tempat industri, padat dengan kilang, gudang dan pusat membeli-belah. Bagaimanapun, kali ini, perayaan Krismas adalah lebih sedikit serius.

Enam bulan lalu, Surabaya digegarkan dengan satu siri pengeboman bunuh diri. Tiga gereja dan sebuah balai polis diserang. Sebiji bom meletup di sebuah kompleks apartmen berhampiran Sidoarjo ketika diserbu polis. Keseluruhannya dua puluh lapan terkorban dan lima puluh cedera.

Maka ketika kota itu bersiap untuk menyambut Krismas - terdapat kumpulan penyanyi karol di Tunjungan Plaza yang terletak di tengah kota - pasukan Ceritalah bertemu dengan Pak Agustinus Dono Chrismiandi (lebih dikenali sebagai Pak Andi) berusia 52 tahun, yang anggota keluarganya cedera dalam serangan itu.

Pak Andi adalah seorang penganut Katholik Rom dan bapa kepada dua orang anak. Orang asal Surabaya yang ketinggiannya tidak sampai 1.5 meter, tetapi dengan badannya yang tegap dan rahang yang jelas, dia  itu bercakap dengan tenang dan menawan.

Pak Andi, warga Surabaya berumur 52 tahun, mengenang kejadian letupan bom pada 13 Mei di mana keluarganya menjadi korban. Bayu Mahardika/Ceritalah
Pak Andi, warga Surabaya berumur 52 tahun, mengenang kejadian letupan bom pada 13 Mei di mana keluarganya menjadi korban. Bayu Mahardika/Ceritalah


Pada 13 Mei, keluarganya berada di Gereja Santa Maria Tak Bercela di Jalan Ngagel - di kawasan membeli-belah Surabaya. Serangan ke atas gereja itu didalangi oleh Jamaah Anshar Daulah yang ada kaitan dengan Negara Islam (IS) tetapi dilakukan oleh dua bersaudara, Yusuf dan Firman Oepriarto, masing-masing berusia 17 dan 15 tahun. Ibu bapa mereka - Puji Kuswati dan Dita - bersama dengan dua saudara perempuannya melepaskan bahan letupan di dua gereja lain, mengorbankan diri mereka dalam proses itu.

"Saya dan keluarga sedang menuju ke Perhimpunan Ahad di Gereja Santa Maria untuk sesi kedua pada 7.30 pagi seperti biasa. Mereka mendahului saya dalam sebuah kereta Grab, bersama dengan bapa saya dan sampai pada 7.10 pagi, iaitu ketika bom di gereja itu meletup," kata Pak Andi mengingatinya.

"Bila saya sampai di gereja itu, saya berkata pada diri saya: 'Mengapa semua motosikal itu berhenti di atas jalan? Mengapa ada asap?'. Selepas seseorang memberitahu saya bahawa sebuah bom telah meletup, saya panik dan serta-merta mencari keluarga saya."

Akibat ledakan bom itu, ayah Pak Andi hilang pendengaran dan memerlukan alat bantuan mendengar. Bayu Mahardika/Ceritalah
Akibat ledakan bom itu, ayah Pak Andi hilang pendengaran dan memerlukan alat bantuan mendengar. Bayu Mahardika/Ceritalah


Anak lelakinya yang berusia 17 tahun, Vincentius, juga ingat detik-detik mengerikan itu: "Saya keluar daripada kereta dan membuka pintu untuk datuk saya. Sebaik saja saya menutup pintu itu, saya dengar satu letupan di belakang saya dengan kekuatan yang amat sangat menolak saya ke pintu. Saya pitam seketika, saya tidak dapat melihat apa-apa - rupa-rupanya saya luka sedikit di bawah mata dan datuk saya cedera di kepala dan dadanya. Dia juga kini memerlukan alat bantuan pendengaran akibat kesan besar letupan itu."

Syukurnya, semua anggota keluarga Pak Andi selamat tetapi keluarga-keluarga lain akan menyambut Krismas dengan kerusi-kerusi kosong yang mengelilingi meja. Serangan ini, yang merupakan kali pertama di Indonesia dilakukan oleh kanak-kanak kecil telah mengakibatkan kota Surabaya kelihatan terguris.

Hanya 4 peratus dari sekitar 3 juta penduduk Surabaya menganut agama Katolik. Namun demikian, toleransi dan hubungan antara agama tetap dapat terjalin. Fully Syafi/Ceritalah
Hanya 4 peratus dari sekitar 3 juta penduduk Surabaya menganut agama Katolik. Namun demikian, toleransi dan hubungan antara agama tetap dapat terjalin. Fully Syafi/Ceritalah


Pada tahun ini, perayaan Krismas disambut dalam keadaan suram - sebahagiannya kerana tekanan dari FPI yang memberi amaran supaya tidak berlebih-lebihan dalam menyambutnya.

Lagipun, Pak Andi menjelaskan, "Saya masih trauma dari hari itu - dari apa yang berlaku ke atas keluarga saya. Setiap kali saya melihat sebuah kereta Grab, khususnya Toyota Innova putih, saya ingat apa yang berlaku pada anak-anak saya. Tetapi saya tidak lagi takut, selagi mana saya memelihara kekuatan dan mengkentalkan keimanan saya."

"Saya menanti-nanti ketibaan Krismas. Semua orang akan berada bersama di rumah adik lelaki bongsu saya."

Setiap 13 haribulan, Gereja Santa Maria Tak Bercela mengadakan majlis memperingati kejadian letupan bom itu bersama keluarga mangsa dan pemimpin-pemimpin agama. Bayu Mahardika/Ceritalah
Setiap 13 haribulan, Gereja Santa Maria Tak Bercela mengadakan majlis memperingati kejadian letupan bom itu bersama keluarga mangsa dan pemimpin-pemimpin agama. Bayu Mahardika/Ceritalah


Malah kelihatannya, penduduk Surabaya (yang mana 9.1 peratus daripadanya adalah Kristian) telah dapat membuang jauh memori mengenai serangan itu demi meneruskan hidup. Datuk Bandar yang terkenal, Ibu Tri Risma telah melakukan banyak perkara bagi mengendurkan ketegangan dan memulihkan keyakinan awam.

"Setiap 13 haribulan kami berkumpul bersama anggota masyarakat dan keluarga mangsa di gereja untuk mengingati mereka yang kami kehilangan. Tetapi saya tidak berasakan perlu membalas dendam. Saya telah memaafkan mereka, kerana membalas dendam adalah seperti racun. Harapan saya sekarang ialah supaya orang dari agama berbeza dapat terus berurusan di antara satu sama lain supaya kita boleh hidup harmoni dan toleran - dan menyayangi di antara satu sama lain. Ia adalah sesuatu perkara yang saya berusaha untuk mengajar anak-anak saya."

Untuk Hari Natal kali ini, Pak Andi berharap komunikasi antara penganut berlainan agama dapat diteruskan supaya toleransi dan hubungan harmoni antara agama dapat dibina. Bayu Mahardika/Ceritalah
Untuk Hari Natal kali ini, Pak Andi berharap komunikasi antara penganut berlainan agama dapat diteruskan supaya toleransi dan hubungan harmoni antara agama dapat dibina. Bayu Mahardika/Ceritalah


Ketika mana dunia sedang menghampiri Tahun Baharu, langkah memaafkan dan memulakan kembali kehidupan akan menjadi lebih sukar bagi keluarga-keluarga yang terlibat - suatu perbezaan daripada perayaan Krismas yang biasa.

Surabaya menerima pukulan teruk tetapi penduduknya - mempunyai ketahanan dan baik budi - akan bangkit semula, lebih kuat daripada sebelumnya.

Setiap Hari Natal, Pak Andi dan keluarga sering memberi hadiah kepada jiran tetangga, majoritinya beragama Islam. Dan ketika Aidil Fitri, tetangganya juga turut melakukan perkara sama. Bayu Mahardika/Ceritalah
Setiap Hari Natal, Pak Andi dan keluarga sering memberi hadiah kepada jiran tetangga, majoritinya beragama Islam. Dan ketika Aidil Fitri, tetangganya juga turut melakukan perkara sama. Bayu Mahardika/Ceritalah



*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI


 

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp

Artikel Berkaitan