article-main-image
Prev Prev Next Next

malaysia

Melalui lensa: Peminat Piala Dunia 2018 Asia Tenggara

BAGI penduduk Asia Tenggara, bola sepak adalah RAJA. Menurut kajian National Geographic, sukan itu adalah popular di lapan daripada 11 negara di rantau itu (tiga pengecualiannya adalah Kemboja, Laos dan Filipina).

Sekumpulan orang di daerah Kemang Jakarta menonton perlawanan Perancis-Argentina pada satu malam, mengharapkan sebiji gol dari pasukan Argentina pada 30 Jun 2013.
Sekumpulan orang di daerah Kemang Jakarta menonton perlawanan Perancis-Argentina pada satu malam, mengharapkan sebiji gol dari pasukan Argentina pada 30 Jun 2013.

Sekumpulan orang di daerah Kemang, Jakarta menonton perlawanan Perancis-Argentina pada satu malam, mengharapkan sebiji gol dari pasukan Argentina pada 30 Jun 2013.

Sememangnya, bilangan penduduk Asia Tenggara (sekitar 245 juta) yang menonton Piala Dunia 2014 adalah hampir sama dengan jumlah keseluruhan mereka di Amerika Utara dan Tengah.

Sekumpulan orang menonton perlawanan Argentina-Perancis di daerah Mai Dinh Ward di Hanoi pada 30 Jun 2018. Bagi lapan daripada sebelas negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar, Vietnam, Brunei dan Timor-Leste) bola sepak adalah sukan paling popular.

Sudah tentu - dan malang sekali - tidak terdapat sebarang pasukan serantau yang bertanding dalam Piala Dunia 2018, bermakna lebih 630 juta peminat berpotensi tidak mempunyai pasukan untuk disokong. Tetapi ia tidak mengurangkan obsesi kolektif kita. Dan ketika mana kita menghampiri Separuh Akhir, perhatian global akan terus meningkat.

Tidak semua orang menonton siaran secara langsung perlawanan Piala Dunia. Di Davao, Filipina, yang mana lain-lain sukan seperti tinju dan bola keranjang adalah lebih popular, kumpulan orang ramai yang menonton bola sepak di luar rumah adalah suatu pemandangan yang tidak biasa.

Ceritalah ASEAN melakukan pemerhatian pantas dari Hanoi ke Jakarta untuk merasakan demam bola sepak dan pasukan mana yang mereka sokong.

Pengurus HR Duong Ha (kiri) menyokong Rusia sementara kawannya, pelajar Universiti Nasional Vietnam, Do Trang (kanan) tertarik kepada pemain-pemain "kacak" Jerman.
Pengurus HR Duong Ha (kiri) menyokong Rusia sementara kawannya, pelajar Universiti Nasional Vietnam, Do Trang (kanan) tertarik kepada pemain-pemain "kacak" Jerman.

Di My Dinh Ward, Hanoi, Do Trang, 19 tahun, pelajar Universiti Nasional Vietnam adalah seorang peminat tegar pasukan Jerman. "Saya sukakan mereka kerana pemain mereka kacak." Rakannya, pengurus HR Duong Hoa, menyokong Rusia. "Mereka jelas lebih baik dan lebih mahir," katanya merujuk pada kemenangan penalti 4-3 Rusia menentang Sepanyol selepas kedua-dua pasukan seri 1-1.

Riko (kiri), seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai departmen, bersorak bagi Meksiko semasa siaran langsung di daerah Kuningan Jakarta. Meksiko kalah dalam perlawanannya dengan Brazil 0-2 pada 2 Julai 2018.

Di Jakarta, Riko yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kedai berharap Mexico - salah satu pasukan Kumpulan F yang kalah - akan berjaya dalam perlawanan Separuh Akhir minggu ini.

"Saya mengikuti Mexico kerana pemain kesukaan saya ialah Javier Hernandes (nama jolokannya Chicharito) adalah salah seorang pemain depan mereka."

Dan siapakah yang saya jangka menang? Mungkin anda bertanya.

Mudah sahaja: Saya tidak pernah mempedulikan bola sepak dan saya tidak akan tergoda dengannya - walaupun pada perlawanan akhir.

Pegawai kerajaan Nuangruthai Raikrang di daerah Talad Plu di Bangkok menonton perlawanan Perancis-Uruguay pada 6 Julai 2018. "Saya harap Perancis akan menang" -- suatu impian yang menjadi kenyataan apabila gergasi Eropah itu dengan jelas mengalahkan pesaing Amerika Latinnya itu 2-0.

Mengenai prospek negara-negara Asia Tenggara melayakkan diri bagi Piala Dunia pada masa akan datang, pegawai kerajaan Nuangruthai Raikrang optimis negaranya, Thailand, boleh masuk ke peringkat antarabangsa. "Jika kerajaan dapat memberikan lebih sokongan kepada pasukan bola sepak kami, maka saya fikir kami pada suatu hari boleh melayakkan diri."

Cris Robert Penol (kiri, duduk) berusia 29 tahun, menganggur, Roger Penol (berdiri) pekerja binaan separuh masa dan Arnie Romaratie, pelajar berusia 19 tahun menonton perlawanan Meksiko-Brazil pada 2 Julai 2018 di bandar raya Filipina, Davao. Cris menyokong Brazil sementara Roger dan Arnie menyokong Meksiko.

Cris Robert Penol, 29 tahun, yang menganggur, mempunyai pandangan sama. "Atlet Filipina boleh bermain apa saja sukan, tetapi kami tidak dapat melayakkan diri kerana kerajaan kami tidak menyediakan kemudahan latihan yang baik di sini, di negara kami sendiri. Ditambah pula, bola keranjang dan tinju adalah lebih popular."

Pensyarah dan Timbalan Dekan di KPJ Healthcare University College Mithra Thuraisingam berfikir bahawa Malaysia perlu suatu penyusunan semula persatuan bola sepaknya jika ia mahu melayakkan diri ke Piala Dunia pada masa akan datang.

Pensyarah dan Timbalan Dekan KPJ Healthcare University College, Mithra Thuraisingam berpendapat negaranya, Malaysia, tidak mempunyai potensi - sekurang-kurangnya buat waktu ini. "Malaysia tidak boleh berada dalam Piala Dunia... kerana orang yang berkeupayaan sepatutnya menjadi pengerusi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) berdasarkan merit, bukannya status mereka."

 Peminat-peminat bola sepak Asia Tenggara menumpukan perhatian pada perlawanan Jepun-Poland di gerai tepi jalan di Hanoi pada 30 Jun 2018.
Peminat-peminat bola sepak Asia Tenggara menumpukan perhatian pada perlawanan Jepun-Poland di gerai tepi jalan di Hanoi pada 30 Jun 2018.

Sama ada mereka percaya bahawa negara mereka akan satu hari mewakili Asia Tenggara di Piala Dunia atau tidak, tidak ada keraguan bahawa rantau ini adalah dan akan kekal sebagai sebuah negara bola sepak.

*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp