article-main-image
Prev Prev Next Next

malaysia

Memberi peluang buat Malaysia Baharu

SEWAKTU Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14, pasukan Ceritalah telah menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat Malaysia yang bekerja bagi memahami apakah rakyat biasa lalui di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini --- dan bagaimana perasaan mereka.

Menjelang 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 17 Ogos yang lalu, pasukan Ceritalah bertemu pula dengan beberapa individu lain untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka sekarang, di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan.


"Sekarang?" jawab Mala dengan keluhan menandakan keletihan dan kekecewaan. Penghuni PPR Kota Damansara berusia 48 tahun itu ditanya jika dia mempunyai masa untuk bercakap mengenai "Malaysia Baharu" melalui telefon.

Dari nada suaranya, adalah jelas dia mempunyai perkara lain yang lebih mendesak untuk diselesaikan.

"Kedai saya, kereta saya --- semua telah tiada! Saya tidak boleh membaiki kereta saya --- tidak ada duit! Saya belum membayar lagi sewa rumah selama dua bulan."

Sejak kerajaan baharu PH mengangkat sumpah 100 hari lalu, kelihatannya bagi rakyat Malaysia seperti Mala, keadaan ekonomi tidak banyak berubah.

Penghuni PPR Kota Damansara, Mala berkata di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan, dia kini lebih mampu untuk membeli lebih banyak barangan. - Foto Joe Kit Yong untuk Ceritalah
Penghuni PPR Kota Damansara, Mala berkata di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan, dia kini lebih mampu untuk membeli lebih banyak barangan. - Foto Joe Kit Yong untuk Ceritalah

Sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya PRU14, kerajaan campuran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjanjikan sejumlah 10 pembaharuan dalam 100 hari kepada para pengundi.

Dari menyelesaikan soal korupsi yang mendalam hinggalah kepada pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibenci di samping memberi subsidi bahan api, pembangkang ketika itu berikrar akan memulihkan institusi-institusi awam yang merosot dan menangani masalah ekonomi rakyat. Namun, kemahuan sebenar kelihatannya hanya dibuat ke atas dua perkara, setakat ini: pemansuhan GST dan menetapkan harga bahan api.

 Kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan rasuah, GST, membina semula institusi awam dan mengatasi masalah ekonomi rakyat. - Foto Joe Kit Yong untuk Ceritalah
Kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan rasuah, GST, membina semula institusi awam dan mengatasi masalah ekonomi rakyat. - Foto Joe Kit Yong untuk Ceritalah

Sungguhpun begitu, menurut tinjauan di seluruh negara baru-baru ini oleh peninjau suara, Merdeka Centre for Opinion and Research (Pusat Merdeka bagi Pendapat dan Penyelidikan), 67 peratus rakyat Malaysia bersetuju dengan kerajaan baharu --- umpamanya pemberian RM500 untuk khidmat kesihatan kepada 40 peratus paling bawah dan individu dari kelas pekerja serta memotong sebahagian hutang peneroka Felda --- 56 peratus berpuas hati dengan cara Kabinet menunaikan janji pilihan raya.

"Kerajaan masih baharu, kita mesti beri masa pada Pakatan untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat," kata "Pak Long" (bukan nama sebenar), seorang penoreh getah, bercakap secara bersahaja walaupun ia sedang mengawal selesema.

 Pak Long seorang penoreh getah dari Kedah berpendapat, membaikpulih negara memerlukan masa. - Foto Joe Kit Yong  untuk Ceritalah
Pak Long seorang penoreh getah dari Kedah berpendapat, membaikpulih negara memerlukan masa. - Foto Joe Kit Yong untuk Ceritalah

Sememangnya, sebahagian rakyat Malaysia sudah merasakan kesan-kesan lanjutan hasil daripada usaha kerajaan berusia 100 hari itu.

"Dengan RM100 yang kerajaan berikan pada saya, dua kali sebulan, saya boleh membeli lebih banyak barang di pasaraya sekarang, tanpa GST seperti mee segera dan serbuk minuman. Sebelum itu, saya hanya boleh membeli tiga atau empat barangan," kata Mala.

Ramai yang lain juga meraih manfaat dengan ketiadaan GST: Julai sendiri menyaksikan suatu peningkatan 41 peratus dalam pembelian kenderaan, meningkat hampir 20,000 unit dari setahun lalu.

Tetapi sungguhpun begitu, penanam padi generasi ketiga di Sekinchan, "Abang Man" tidak dapat menikmati rasa seronok yang tinggi seperti mana banyak rakyat Malaysia rasakan selepas pengkadaran GST sifar --- yang mana kerajaan berkata ia mengakibatkan penurunan harga pada sekurang-kurangnya 299 produk makanan.

'"Harga masih sama, saya tidak lihat sebarang perubahan setakat ini. Sebagai contoh, baja masih berharga RM120 satu kampit dan benih RM50 satu kampit, yang mana saya perlukan 10 kampit setiap musim."

Sebagai seorang pesawah, Abang Man masih belum merasakan perubahan yang ketara di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. - Joe Kit Yong untuk Ceritalah
Sebagai seorang pesawah, Abang Man masih belum merasakan perubahan yang ketara di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. - Joe Kit Yong untuk Ceritalah

Mala juga kurang pasti kesan terhadap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa pada September ini. "Ia akan jadi sama, sama seperti GST."

Sementara Pak Long juga tidak nampak yang perbelanjaan untuk barangan akan berubah, seperti harga getah --- masih kira-kira RM1.80 sekilogram --- keuntungannya sedang meningkat. "Saya dapat 30 kilo susu getah setiap hari, sekarang musim kering sudah berlalu."

Bagaimanapun, perkembangan politik lebih menarik perhatian orang asal Kedah itu! "Adalah baik bagi kerajaan mengambil tindakan," beliau merujuk pada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram.

"Tetapi memperbetulkan negara akan mengambil masa lebih daripada satu atau dua hari."

Nampaknya bagi rakyat, melihat sama ada kerajaan Dr Mahathir boleh menunaikan janji mungkin merupakan suatu penantian buat masa ini.

Lagipun, 100 hari adalah mercu tanda yang sengaja direka. Ia adalah pramatang.

Selepas 91 tahun dengan kerajaan yang sama sejak Merdeka, rakyat Malaysia perlu menyimpan sebahagian daripada kesabaran mereka --- dan memberikan Malaysia Baharu ini suatu peluang.


*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp