article-main-image
Prev Prev Next Next

indonesia

Mengenang Julia Perez, Ratu Dangdut Indonesia

KALAU diva itu dianggap seorang yang luar biasa, diva pop lebih hebat lagi.

Katy Perry mempunyai 100 juta pengikut di Twitter (tiga kali lebih banyak daripada Donald Trump) manakala Selena Gomez ada 122 juta.

Di Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia – dan negara yang mempunyai majoriti Muslim terbesar – industri hiburan telah berkembang pesat sejak kejatuhan Suharto, memberi peluang besar kepada mereka yang berbakat (dan juga yang tidak berbakat) untuk maju.

Setiap hari bermula pukul 6.30pagi, kebanyakan stesen TV tempatan disumbat dengan segmen dikenali sebagai “infotainment” – program-program khas untuk dunia hiburan dan gosip selebriti.

Ini merupakan antara segmen yang menguntungkan bagi industri TV tempatan dengan menampilkan cerita-cerita skandal, sensasi, kejayaan dan kisah putus cinta sebagai tajuk-tajuk utamanya.


Dalam kalangan bintang tempatan pujaan, hanya sedikit yang disanjung tinggi atau disayangi seperti Julia Perez atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati. Beliau meninggal dunia minggu lalu selepas bertahun-tahun bertarung melawan kanser pangkal rahim. Umurnya baru tiga puluh enam tahun.

Dengan lima juta pengikut di Twitter dan empat belas juta di Instagram, “Jupe” (seperti mana namanya yang dikenali umum) mempertaruhkan daya tarikannya sehingga jadi sebuah industri kecil.

Jupe melibatkan dirinya dalam beberapa cabang seni. Beliau berlakon, bernyanyi dangdut, mengacarakan rancangan televisyen dan jadi bintang sebuah rancangan televisyen realiti. Pendek kata, beliau ada di mana-mana baik dalam media arus perdana mahu pun dalam media sosial.

Namun di sebalik sifat daya penariknya yang ketara dan tingkah lakunya yang dianggap liar, kekuatan dan daya tarik utamanya dalam masyarakat yang rata-ratanya konservatif ini ialah keterbukaannya sebagai seorang wanita yang kurang bernasib baik dalam cinta, yang terdesak mahu berumahtangga, punya sebuah keluarga dan menikmati segala hasil daripada usaha keranya.

Dalam hal ini, hidup Jupe tidak jauh bezanya dengan ratusan ribu wanita yang merantau ke luar negara untuk bekerja dan kemudiannya pulang ke tanah air menghadapi rumah tangga yang runtuh dan suami yang curang.

Dilahirkan sebagai Yuli Rachmawati, penyanyi dangut ini terkenal dengan nama panggungnya, Julia Perez atau “Jupe”. Julia Perez Instagram
Dilahirkan sebagai Yuli Rachmawati, penyanyi dangut ini terkenal dengan nama panggungnya, Julia Perez atau “Jupe”. Julia Perez Instagram


Dilahirkan pada 1980 di Jakarta, ayahnya pemain bolasepak profesional dan ibunya seorang suri rumah – pasangan ini tidak bertahan lama. Menurut banyak sumber, Jupe membesar dengan pantas, mengumpul pendapatan sendiri dengan mengedar suratkhabar serta melakukan pelbagai kerja.

Pintar, giat berusaha dan cantik, beliau cepat mendapat kerja jadi seorang setiausaha.

Beliau tentunya mengkagumkan majikannya kerana kemudiannya diberi peluang untuk ke Eropah dan selepas itu menetap di sana selama beberapa tahun.

Setelah muncul dalam beberapa majalah lelaki – terutamanya FHM – Jupe kembali ke Jakarta dengan penuh bergaya bersama seorang suami orang Perancis (Damien Perez) serta reputasi yang sedikit seksual.

Beliau kemudian melibatkan diri dalam industri filem dan TV tempatan dan seterusnya sering muncul dalam filem seram dan sinetron.

Semuanya berjalan lancar setakat ini tetapi pada masa itu beliau hanya seorang bintang muda yang yang sedang mencari nama.

Semuanya berubah apabila album sulungnya, Kamasutra dilancarkan pada 2008.

Genre muziknya, dangdut (muzik rakyat Indonesia adunan irama Arab dan Hindi) sudah lama dikritik oleh kelompok konservatif sosial tetapi Jupe mengangkatnya ke tahap yang lain.

Dengan kontroversi yang tidak dapat dilakkan ekoran daripada “Kamasutra”, Jupe menempatkan dirinya jadi lebih menonjol dan pada masa sama mengembangkan personalitinya sebagai “wanita bebas” – sesuatu yang mungkin turut diakui oleh Beyoncé.

Julia Perez tidak mempunyai suara yang hebat. Tetapi dengan sosok tubuhnya yang ramping, kehadirannya cukup dirasai.

Beliau juga sangat menghiburkan – lihatlah videonya berenang dalam kostum ikan duyung. Tidakkah itu cool?

Ikon artis seksi dari Indonesia ini pernah tinggal di Eropah selama 10 tahun sebelum kembali ke negara asalnya. - Julia Perez Instagram
Ikon artis seksi dari Indonesia ini pernah tinggal di Eropah selama 10 tahun sebelum kembali ke negara asalnya. - Julia Perez Instagram


Beliau juga semulajadi seorang ahli sukan, sangat berani dan (sebagai pengkagum tentera Indonesia) boleh menembak seperti seorang penembak tepat.

Walaupun terlihat berani dan glamor, beliau sebenarnya lemah dan sensitif – gabungan yang berkesan ketika mana menjadi tulen adalah aset yang sangat berharga.

Kedua-dua perkahwinannya – bersama Damien dan kemudiannya bersama seorang pemain bolasepak Argentina, Cristian Gaston Castaño – berakhir dengan penceraian.

Kekecewaan itu tertumpah dalam muziknya: dalam lagu “Gak Jaman” (tentang cinta kepada seorang kaki perempuan), dia bernyanyi “sakit sungguh/ sakit hatiku”.

Tetapi sebagai seorang wanita yang berjaya, beliau mahukan segala-galanya: kerjaya, wang dan kehidupan peribadi.

Beliau tampak cukup gembira dalam rancangan bual bicara komedi “Cecepy Bikin Happy" bersama dua diva dangdut lain – Zaskia Gotik dan Ayu Ting Ting.

Mereka merupakan gabungan yang mantap: tiga antara sepuluh ikon Instagram paling terkenal di Indonesia dengan jumlah pengikut sebanyak 40 .

Ini adalah “girl power” yang sebenarnya di tengah denyut nadi negara majoriti umat Islam yang terbesar di dunia.

Beliau juga berbakat sebagai seorang pelawak dan ada keyakinan untuk mentertawakan dirinya sendiri.

Berjuang selama tiga tahun melawan barah serviks yang dideritanya, Jupe akhirnya menyerah di usianya yang ke-36. Di sini dia bergambar bersama bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok. Julia Perez Instagram
Berjuang selama tiga tahun melawan barah serviks yang dideritanya, Jupe akhirnya menyerah di usianya yang ke-36. Di sini dia bergambar bersama bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok. - Julia Perez Instagram


Antara paparannya di media sosial yang paling diingati ialah fotonya memakai jubah dan bertudung litup selepas menunaikan umrah.

Saya tertarik dengan foto-foto ini. Matanya yang tajam dan bersinar begitu memukau, menegaskan keindonesiaannya dan sifat-sifat wanita Muslimahnya tanpa peduli apa sekali pun yang orang kata tentang dirinya.

Beliau juga mengharungi kesakitannya dengan cukup tabah dan rela hati berkongsi foto-fotonya dengan kepala yang bercukur di media sosial.

Katilnya di Hospital Cipto Mangunkusumo di Jakarta menjadi tumpuan tokoh-tokoh ternama Indonesia yang keluar masuk menziarahinya.

Selepas Jupe meninggal dunia, saya menziarahi kuburnya Pondok Ranggon, Cipayung, Jakarta Timur.

Kuburnya, seperti yang dijangka, penuh dengan taburan bunga – tanda kasih sayang para peminatnya.

Walaupun Jupe menanjak naik kerana bakat dan rupa parasnya, perjuangan hidupnya serta kisah suka dan dukanya adalah hal-hal yang dapat difahami oleh warga Indonesia terbanyak.

Beliau enggan tunduk atau mengalah.

Beliau tidak munafik.

Beliau berhadapan dengan kumpulan ulama apabila mereka menyerangnya.

Beliau tidak segan menunjukkan sisi manusiawinya kepada penontonnya dan kerana itu mereka cinta

kepadanya.

Beliau mengekalkan kesopanan yang asas.

Industri hiburan di Indonesia – yang selalu bertenaga – kini terasa sedikit lesu tanpanya.

Al-Fatihah: Jupe, seorang wanita yang luar biasa.



SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp

Artikel Berkaitan