article-main-image
Prev Prev Next Next

vietnam

Menjadi tempatan: Startup tekno Asia Tenggara

  • Pada tahun 2017, syarikat teknologi di Asia Tenggara telah menarik masuk sebanyak USD6.5 bilion dalam pendanaan ekuiti – lebih daripada dua kali ganda pendanaan yang diperolehi pada tahun 2016.
  • Syarikat “start-up” teknologi Asia Tenggara berjaya menyesuaikan konsep luar dengan konteks lokal.
  • Oleh itu, lokalisasi adalah cara inovasi pilihan untuk “start-up” Asia Tenggara menembus pasaran negara Barat.

QUANG Khai - Naib Presiden Eksekutif konglomerat Vietnam VNG (dahulu bernama Vinagames) - menemui orang ramai secara "tekno" biasa.

Sebagai seorang pelajar universiti sains komputer, beliau dapat menggodam masuk rangkaian konglomerat IT Vietnam terbesar, FPT.

Penggodaman itu menarik perhatian ketua FPT, yang begitu kagum dengan keupayaan teknikal Quang Khai hinggakan beliau diambil bekerja dengan serta-merta.

Bercakap mengenai insiden itu bertahun kemudian, beliau yang kini berusia 38 tahun mendakwa bahawa: "Saya bukannya 'nakal'. Saya hendak meneroka sistem itu, semata-mata kerana ingin tahu."

Kini, Quang Khai adalah sebahagian daripada kepimpinan sebuah firma yang mempunyai lebih 2,000 orang kakitangan dan dianggarkan memperoleh pendapatan lebih USD180 juta dalam tahun 2017.

Khai ialah graduan sains komputer yang membina Zalo, aplikasi mesej utama Vietnam. Foto Karim Raslan
Khai ialah graduan sains komputer yang membina Zalo, aplikasi mesej utama Vietnam. Foto Karim Raslan


Ia kemudian menjadi syarikat Vietnam pertama yang menjadi awam di luar negeri, setelah memohon untuk IPO di New York awal tahun ini.

Salah satu daripada produk penting VNG ialah app mesej Zalo, dibangunkan oleh Quang Khai sendiri. App itu mempunyai lebih daripada 70 juta pelanggan.

Sifat ingin tahu Quang Khai adalah jelas dimiliki sejak lama dahulu.

"Saya dilahirkan pada tahun 1979. Ibu saya ialah seorang penjual jam sementara bapa saya seorang pengkritik sastera, jadi kami mempunyai perpustakaan rumah yang besar. Saya menghabiskan banyak masa saya dengan membaca buku. Kedua-dua ibu bapa saya amat sibuk, jadi saya dibiarkan untuk mengikut kesukaan saya."

"Ketika saya kanak-kanak, satu gajet yang saya boleh gunakan ialah konsol permainan Nintendo. Saya pergi ke sebuah kedai dan menyewanya dikira mengikut jam."

Pejabat Zalo terletak di Ho Chi Minh, Vietnam. Foto Karim Raslan
Pejabat Zalo terletak di Ho Chi Minh, Vietnam. Foto Karim Raslan


Membesar ketika reformasi Doi Moi mula meliberalkan ekonomi, Quang Khai adalah sebahagian daripada generasi yang menyaksikan kemasukan pesat teknologi baharu.

"Komputer pertama yang saya lihat ialah dalam bank. Pada masa itu bank-bank adalah suatu yang baharu di Vietnam. Tetapi saya berjalan di depannya dan melihat banyak orang duduk menghadap dan menggunakannya. Ia mengujakan saya.

"Pada tahun 1992, ibu bapa saya membelikan saya komputer pertama saya. Ia berharga USD1,200. Ibu saya berkata, nilainya adalah separuh daripada harga sebuah apartment."

Zalo mempunyai lebih daripada 70 juta pelanggan - 35 juta daripadanya pengguna aktif. Foto VNG
Zalo mempunyai lebih daripada 70 juta pelanggan - 35 juta daripadanya pengguna aktif. Foto VNG


Pada tahun 1996, selepas lulus dari sekolah tinggi, Quang Khai mempelajari Teknologi Maklumat di Universiti Hanoi. Di situ beliau menemui intranet (rangkaian tempatan yang tidak berhubungan dengan sesawang dunia).

"Sebelum intranet, saya hanya boleh berkomunikasi dengan orang yang tinggal sama kota. Sistem itu amat terhad. Tetapi dengannya 100 orang boleh berhubung dengan Hanoi, 100 lagi dengan Saigon. 200 orang dari dua kota yang berbeza boleh berhubung yang mana sebelum ini tidak boleh. Itu amat hebat."

Zalo mendominasi aplikasi mesej dalam pasaran Vietnam. Foto VNG
Zalo mendominasi aplikasi mesej dalam pasaran Vietnam. Foto VNG


Hanya mulai tahun 1998 barulah Quang Khai dapat mengakses internet global. Pada masa itu, saya sudah bekerja dengan FPT.

"Saya menggubal keseluruhan sistem asas untuk internet, supaya setiap orang boleh menghubungi dengannya dan bukan saja orang dalam sistem khusus mereka. Saya adalah antara orang pertama di Vietnam yang bekerja menggunakan internet."

Selepas berijazah, Quang Khai bekerja selama empat tahun dan kemudian memperoleh biasiswa untuk belajar peringkat Sarjana di Universiti Columbia, New York. Setelah kembali, beliau menyertai Vinagames, syarikat yang kemudian menjadi VNG.

Quang Khai terus memulakan perkhidmatan atas talian seperti Zingp3 (sebuah perkhidmatan muzik) dan Zingme (sebuah rangkaian sosial). Hanya selepas 2012, barulah beliau memulakan kerja untuk app utama VNG, Zalo.

"Ia merupakan usaha sukar kerana pada awal 2013 Wechat sudah memiliki satu juta pengguna dan Line amat kuat. Kami perlu cari kelebihan sendiri dan mengolahnya menurut persekitaran kami.

"Ia adalah satu-satunya peluang kami untuk hidup. Internet mudah alih Vietnam masih sangat tidak stabil. Kami mahu pastikan bahawa jika kamu hantar suatu mesej, penerimanya akan memperolehnya dalam jangka waktu yang paling pendek."

"Kadang-kadang kami mahu menambah lebih banyak kegunaannya. Tapi saya tekankan bahawa kita perlu fokus pada kelajuan, walaupun jika kita hanya dapat menambah satu juta saat lebih laju."

Aplikasi perkhidmatan motosikal Indonesia, Gojek, dianggarkan bernilai lebih USD3 bilion. Foto Karim Raslan
Aplikasi perkhidmatan motosikal Indonesia, Gojek, dianggarkan bernilai lebih USD3 bilion. Foto Karim Raslan


Empat tahun berlalu dengan lebih 35 juga pengguna aktif, Zalo mendominasi pasaran Vietnam.

Jalan Zalo untuk mencapai kejayaan - adaptasi kepada persekitaran tempatan - satu kisah biasa di seluruh Asia Tenggara.

Gojek Indonesia (diolah dari perkataan tempatan "ojek" atau teksi motosikal) cukup bijak untuk menyedari bahawa motosikal yang boleh dilihat di mana-mana, serta bergerak dengan mudah dan cepat, merupakan keperluan utama di atas jalan yang sesak di negara itu. Dengan asas itu, ia dibangunkan sehingga menjadi satu empayar pengangkutan, penghantaran dan e-bayaran. Kini, para penganalisis menganggarkan syarikat itu bernilai lebih daripada USD3 bilion. 

The Adventures of Kuya Kim ialah salah satu daripada aplikasi permainan berasaskan selebriti milik Xeleb, sebuah syarikat Filipina. Foto Xeleb
The Adventures of Kuya Kim ialah salah satu daripada aplikasi permainan berasaskan selebriti milik Xeleb, sebuah syarikat Filipina. Foto Xeleb


Pada peringkat lebih kecil, terdapat pula Xeleb di Filipina, yang membuat permainan berdasarkan selebriti media negara itu. Tajuk-tajuk seperti "The Adventures of Kuya Kin", "Erwan's Eatery" dan "Biker Belle" menggunakan budaya kegilaan selebriti republik itu, yang membolehkan Xeleb mencapai lebih 50 juta pengguna media sosial.

Sebaliknya, gergasi Amerika, Uber, yang pada mulanya kelihatan akan mendominasi pasaran, telah mengalami nasib sukar dengan berlakunya pelanggaran undang-undang tempatan, menyinggung kesatuan-kesatuan sekerja yang kuat dan dilihat sebagai "orang luar."

Dari Zalo ke Xeleb, ahli-ahli inovasi Asia Tenggara sedang mengalahkan pesaingnya dengan memegang petua yang tidak luntur zaman - konteks adalah raja.


NOTA: Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr


SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp