article-main-image
Prev Prev Next Next

vietnam

Perang, aman dan kini, makmur: Tiga generasi di pinggiran Vietnam

"Saya telah menempuh dua peperangan dalam hidup saya - dengan Perancis dan Amerika Syarikat. Pertempuran bermula ketika saya berusia lapan tahun; menyebabkan saya tidak bersekolah.

"Kami mengalami penderitaan yang lebih teruk dalam peperangan dengan Perancis: mereka membunuh kaum lelaki dan merogol kaum perempuan. Ini berbeza dengan perperangan dengan Amerika Syarikat. Mereka hanya meledakkan bom.

"Tetapi kediaman keluarga kami telah dibakar oleh askar-askar Perancis. Tiga puluh dua orang telah dibunuh oleh tembakan meriam yang ditujukan ke kampung. Kanak-kanak tidak begitu memahami kemarahan tetapi mereka mengerti ketakutan; ketika itu saya sangat takut."

Kini, Tran Van Quy yang berusia lapan puluh dua tahun bercerita secara terputus-putus apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa lama. Dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan - mereka memiliki tanah sendiri - beliau melabelkan zaman kanak-kanak pra-perangnya sebagai masa yang indah: berlari-lari di kediaman keluarganya yang besar, menternak kerbau dan memakan nasi setiap hari.

"Namun, tanah kami dirampas ketika revolusi berlaku. Saya cukup marah ketika itu. Saya menulis surat kepada para pegawai yang berkenaan tetapi mereka enggan membalas - lalu saya lebih berazam untuk menebus semula hartanah kami. Yang pertama adalah pada tahun 1968, sebidang tanah yang berdekatan dengan bengkel kami sekarang."

Reformasi dasar tanah yang tidak dilaksanakan dengan baik pada pertengahan-1950an telah membawa penderitaan kepada kesuburan Lembah Sungai Merah telah membawa kepada tuaian yang kurang memuaskan, penghapusan jelapang-jelapang padi serta pengurangan tanaman padi oleh para petani.

Tran menggeleng kepala dan suaranya pecah: "Tiada pekerjaan pada masa itu dan kami sangat miskin. Tetapi sekurang-kurangnya kampung kami, Da Hoi, mempunyai tradisi dalam pekerjaan-pekerjaan logam walaupun pengeluarannya sangat lambat dan memakan masa. Ini telah mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan logam."

Desa di Da Hoi memiliki tradisi mengolah baja. Pabrik baja dan produknya terlihat di kota-kota kecil. - Gambar Karim Raslan


Terletak 20 kilometer dari Hanoi, Da Hoi telah lama terkenal dengan bengkel-bengkel besinya - berselang antara sawah-sawah padi dan kebun-kebun sayur. Namun yang demikian, sejak beberapa tahun yang lalu, apatah lagi dengan kemunculan kilang besar Samsung di Bắc Ninh yang berdekatan, komuniti Da Hoi telah berkembang pesat.

Sungguh benar, pengembangan tersebut telah bergerak dengan begitu pesat sehingga perkampungan sudah kelihatan tua dan diselaputi dengan debu dan kotoran. Transformasi Da Hoi telah muncul pada kos yang tinggi. 

Tran tidak machu mengendahkan isu pencemaran ketika berbicara tentang perniagaannya: "Kami dulu selalu menghantar produk akhir ke Hanoi. Kami menghasilkan bar tingkap, besi untuk pembinaan dan peralatan basikal. Kami juga menghasilkan gril logam untuk rumah-rumah kedai. Oleh kerana aktiviti-aktiviti pembinaan yang banyak pada masa kini, kami semua sangat sibuk."

Meskipun semakin uzur, beliau masih bersemangat: azamnya cekal, sekukuh palang-palang besi yang dihasilkannya selama empat dekad. Tran amat bangga atas perjalanan keluarganya dalam membina semula kejayaannya sambil berkata: "Saya mempunyai empat belas orang anak. Semuanya kaya belaka dan menjadi ketua-ketua syarikat (CEO). Keluarga kami kembali dicurahkan rezeki."

Berhenti seketika, beliau menambah: "Ya, kemakmuran sudah kembali kepada keluarga kami."

Trần Thị Lợi di bengkel produksi baja miliknya dimana telah memproduksi bahan konstruksi dari besi batangan. Mesin di sebelahnya dibeli seharga USD 350,000 atau Rp 4,550,000,000 - Gambar Karim Raslan


Anak perempuan beliau, Puan Loi, tidak memiliki keyakinan yang sama dengan ayahnya. Dengan wajahnya yang gelisah ini (berusia 45 tahun), beliau membesar dalam keadaan serba kekurangan pada dekad 1980-an - ketika Vietnam melalui era yang penuh dengan cabaran getir akibat kegagalan sistem ekonomi terpimpin komunisme.

Taraf kehidupan yang minimum pun sudah menjadi satu kejayaan. Setelah menghabiskan pelajaran menengahnya - sesuatu yang jarang berlaku ketika itu - beliau kembali menguruskan perusahaan keluarganya. "Saya tidak pernah mempunyai impian yang besar. Saya sudah terbiasa dengan kehidupan susah. Objektif saya adalah untuk sentiasa memastikan ada makanan terhidang di atas meja."

Bekalan elektrik yang mula disalurkan pada tahun 1991 merupakan pemacu transformasi. Namun, saingan produk dari Taiwan dan China masih lagi sengit bagi perniagaan kecil-kecilan Vietnam seperti perniagaan keluarga Tran. Produk-produk dari Taiwan dan China adalah berkualiti tetapi mahal - dan inilah aspek yang membolehkan Asia Tenggara untuk menjadi pesaing yang mencabarkan kepada kedua-dua negara tersebut. 

Sebaliknya, anak perempuan kepada Loi, Yeen - berusia lapan belas tahun dan menuntut pelajaran Bahasa Sepanyol di Universiti Hanoi - ialah seorang yang ceria dan bersemangat, lantas berbeza dengan ibunya yang sentiasa kelihatan berwaspada.

Trần Văn Qụy, 82 tahun dengan istrinya, Pham Thi Mac di rumah mereka di Da Hoi. Mereka hidup melewati 2 masa peperangan, melawan Perancis dan Amerika - Gambar Karim Raslan


Apabila kami berbual di sebuah kafe di luar kampus, semangat positif Yeen sangat terserlah. Dia juga mempunyai senyuman yang lebar yang mampu membuatkan jantung anda berdegup kencang: "Saya merupakan orang pertama dalam keluarga saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Rezeki saya murah dan saya menerima banyak sokongan daripada kedua-dua ibu bapa. Ibu saya mahukan saya pulang ke rumah setiap hujung minggu, tetapi saya mempunyai impian lain. Saya mahu memperoleh ijazah dan mengembara. Saya ditawarkan peluang untuk pergi ke Valladoid atau Santiago de Chille selama sembilan bulan."

"Tetapi saya suka untuk pergi ke bengkel dan memerhati ibu saya menguruskan perniagaan - perbincangannya bersama para pelanggan dan para pekerja. Saya juga asyik melihat besi diacukan kepada pelbagai bentuk. Tetapi yang terbaik adalah apabila pekerja mencurahkan air ke atas besi panas dan berlakunya bunyi letupan 'pop'!"

Apabila ditanya tentang keperitan hidup yang dilalui ibu dan datuknya: "Kami turut merasa sayu apabila mendengar pengalaman hidup mereka. Berbanding dengan kami, mereka telah melalui pelbagai kesukaran dan keperitan hidup. Tetapi kini adalah masa yang terbaik untuk berada di Vietnam - lebih baik dari dahulu. Saya boleh mengejar impian saya dan mengembangkan potensi diri saya.

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp