article-main-image
Prev Prev Next Next

Filipina

Pulau Boracay dibuka semula: Adakah pelancongan mampan kini penanda arasnya?

PELANCONGAN mampan: adakah ia boleh diwujudkan?

Dengan ratusan ribu pelawat China, India, Rusia dan dari negara Asia Tenggara lain sampai di pantai peranginan, bandar raya dan pekan bersejarah kita setiap hari, menguruskan bilangan yang banyak ini kelihatannya seperti usaha mustahil.

Pada tahun 2017, Asia Tenggara menyaksikan ketibaan 134 juta pelancong, meningkat dari 113 juta pada tahun 2016, itupun sudah lebih tinggi daripada jangkaan ASEAN bagi tahun 2020 iaitu 123 juta. Pelawat dari China merupakan sekitar 28 juta daripada jumlah keseluruhan, ia merupakan sumber pelancong nombor satu bagi rantau ini.

Bagaimanapun, pengusaha pelancongan ASEAN berterusan mengadu tentang hasil yang rendah. Pelancong-pelancong China datang berduyun-duyun, tetapi persepsinya ialah manfaat ekonomi untuk komuniti tempatan adalah terhad.

Malah, kosnya ada kalanya melebihi manfaat.

Sebagai contoh, pulau-pulau dan pantai-pantau di rantau ini, yang dahulunya murni, mungkin hampir menjadi bencana alam sekitar sekiranya pihak berkuasa tidak campur tangan menghalang kemerosotan keadaannya.

Di Pulau Boracay, pelancong diharamkan menempatkan tempat perbaringan, meja dan kerusi, payung pantai dan seumpanya di mana-mana dalam lingkungan zon eksklusif 30 meter dari pesisir pantai, yang baru ditetapkan. - Hezril Azmin/Ceritalah
Di Pulau Boracay, pelancong diharamkan menempatkan tempat perbaringan, meja dan kerusi, payung pantai dan seumpanya di mana-mana dalam lingkungan zon eksklusif 30 meter dari pesisir pantai, yang baru ditetapkan. - Hezril Azmin/Ceritalah


Adalah benar bahawa pelancongan ini merupakan suntikan tunai yang kritikal kepada komuniti tempatan. Ia juga memberikan pekerjaan kepada jutaan pelayan tempat makan, pekerja hotel, pemandu teksi, peniaga gerai, pengawal kolam renang dan banyak lagi. Secara tepat, pelancongan menyediakan 14.4 juta pekerjaan.

Tetapi bagi Boracay, pulau peranginan Filipina terkenal, namun dengan berdekad-dekad pertumbuhan yang tidak dikawal, penyeliaan lemah dan hampir ketiadaan infrastruktur, telah menjadikannya -- seperti kata Presiden Rodrigo Duterte --- sebagai 'kolam kumbahan'.

Malah, pada awal tahun ini, Duterte dengan serta merta mengarahkan penutupan pantai itu yang pada 2016 Conde Nast Traveler sifatkan sebagai 'pulau terbaik dunia'.

Orang Filipina tidak bersendirian dalam perkara ini. Pihak berkuasa Thai juga telah segera bertindak.

Upacara rasmi pra-pelancaran Pulau Boracay pada 15 Oktober 2018 oleh datuk bandar, gabenor dan Setiausaha Kabinet. - Hezril Azmin/Ceritalah
Upacara rasmi pra-pelancaran Pulau Boracay pada 15 Oktober 2018 oleh datuk bandar, gabenor dan Setiausaha Kabinet. - Hezril Azmin/Ceritalah


Pada Mac lalu, Teluk Maya yang ikonik di pulau Koh Phi Phi, suatu lokasi yang menjadi terkenal kerana filem Leonardo DiCarpio, The Beach, telah ditutup kepada awam --- sekali gus menghalang pelawat yang dianggarkan 4,000 sehari daripada terus merosakkan terumbu karang di sekitarnya, yang kira-kira 80 peratus daripadanya telah dipercayai rosak. Menyedari kerosakan besar itu, pihak berkuasa Thai kemudiannya terus melanjutkan lagi penutupan pantai itu selamanya.

Banyak pemerhati juga amat mengambil perhatian berat terhadap pulau-pulau Raja Ampat di Indonesia. Terletak di hujung paling barat Papua, kawasan marin yang dilindungi sekitar keluasan 9,100 kilometer persegi itu begitu rapuh terhadap pelancongan yang tidak terkawal.

Tahun lalu, kapal pesiaran British, Caledonian Sky, secvara tidak sengaja merosakkan kawasan terumbu karang seluas lebih 13,000 meter persegi.

Sungai Lomboc di kepualauan Visaya di Bohol. Adalah penting untuk memastikan aktiviti rekreasi tidak menyebabkan kemerosotan khazanah alam yang tidak dapat diganti. - Hezril Azmin/Ceritalah
Sungai Lomboc di kepualauan Visaya di Bohol. Adalah penting untuk memastikan aktiviti rekreasi tidak menyebabkan kemerosotan khazanah alam yang tidak dapat diganti. - Hezril Azmin/Ceritalah


Minggu lalu pasukan Ceritalah duduk bersama Setiausaha Pelancongan Filipina Bernadette 'Berna' Romulo-Puyat sempena pra-pelancaran pembukaan semula Boracay.

Anggota Kabinet bertubuh kecil tetapi tegas itu, yang juga ahli keluarga terkenal Filipina (bapa beliau ialah Alberto Romulo, seorang bekas Setiausaha Luar yang dihormati) dengan terus terang menyatakan: "Saya tidak kesal dengan penutupan pulau itu. Kami memerlukan enam bulan untuk pemulihan --- menutup lebih daripada 440 hotel dan kebanyakan 2,600 perniagaannya".

Adakah usaha itu berbaloi?

"Lihat air ini.. ia jernih. Dan lihat pasir putih ini.. ini adalah bagaimana Boracay 30 tahun dahulu. Dan saya bersungguh hendak memastikan destinasi-destinasi pelancongan lain -- Bohol dan Cebu --- akan mengikuti usaha ini."

Penduduk tempatan Boracay menyertai aktiviti pembersihan pantai setiap pagi - Hezril Azmin/Ceritalah
Penduduk tempatan Boracay menyertai aktiviti pembersihan pantai setiap pagi - Hezril Azmin/Ceritalah


Berna yang berkemampuan melihat sesuatu secara terperinci selanjutnya menjelaskan:

"Kita akan mengehadkan keupayaan menampung Boracay kepada 19,000 pelancong pada satu masa, supaya sumber pulau itu tidak terbeban. Dasar-dasar mesra persekitaran telah lama ada --- ia bukan perkara baharu. Orang ramai hanya perlu mematuhinya. Alam sekitar adalah penting. Kita perlu mengubah cara berfikir orang ramai."

Richard Fabila, pegawai alam sekitar berpangkalan di Boracay juga melaksanakan peranannya. "Kami menjalankan ujian terhadap air tiga kali sehari, setiap hari --- dan setiap pagi penduduk tempatan menyertai usaha pembersihan pantai".

Peraturan dikuatkuasakan dengan ketat.

Sebagai contoh, pelancong diharamkan daripada meletak tempat perbaringan siang, meja dan kerusi, payung pantai dan seumpamanya di mana-mana dalam lingkungan zon eksklusif 30 meter dari pesisir pantai, yang baru ditetapkan.

BERNA: Kemampuan Boracay menampung pelancong akan dihadkan kepada 19,000 orang pasa satu-satu masa. - Foto: Hub Pacheco/Lifestyle Asia
BERNA: Kemampuan Boracay menampung pelancong akan dihadkan kepada 19,000 orang pasa satu-satu masa. - Foto: Hub Pacheco/Lifestyle Asia


Kini dikenakan juga peraturan ketat terhadap acara parti yang mana termasuk melarang minuman arak di pantai-pantai. Pada waktu sama, sukan air seperti ski jet hanya boleh dilakukan 500 meter dari pantai.

Dengan Filipina memulakan usaha bagi pelancongan mampan di Asia Tenggara, adalah diharapkan penggubal dasar akan menumpukan lebih perhatian kepada nilai hasil daripada jumlah kasar.

Sementara setiap orang berpeluang untuk menikmati tempat peranginan dari masa ke masa, adalah penting untuk memastikan rekreasi tidak membawa kepada kerosakan khazanah semula jadi rantau ini, yang tidak dapat diganti.

Dengan Filipina menulakan usaha pelancongan mampan di Asia Tenggara, adalah diharapkan penggubal dasar akan tumpukan lebih perhatian kepada nilai hasil daripada jumlah kasar. - Hezril Azmin/Ceritalah
Dengan Filipina menulakan usaha pelancongan mampan di Asia Tenggara, adalah diharapkan penggubal dasar akan tumpukan lebih perhatian kepada nilai hasil daripada jumlah kasar. - Hezril Azmin/Ceritalah


*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI




 

SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp