article-main-image
Prev Prev Next Next

malaysia

Wanita adalah masa depan ASEAN

PADA 2009, Indira Gandhi, seorang guru tadika warga Malaysia, kehilangan hak penjagaan tiga anaknya untuk sementara waktu. Pada Mac tahun itu, suaminya yang sudah tidak berhubungan baik dengannya telah memeluk Islam dan menukar agama anak-anaknya tanpa pengetahuan dan izinnya.

Pada Januari 2018, selepas pertelingkahan guaman yang panjang, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pertukaran agama oleh satu pihak adalah bercanggah dengan undang-undang. Begitupun, keinginan Indira mungkin masih tidak dapat dipenuhi.

Beliau masih tidak dapat memperoleh penjagaan anak bongsunya, Prasana Diska walaupun diarahkan. Anaknya itu diambil oleh bekas suaminya yang kini baru diburu polis.

Ini bukan saja suatu kisah agama dan sama ada mahkamah sekular atau agama wajar mengatur kehidupan peribadi.

Ia sebenarnya kisah seorang wanita yang berjuang selama sembilan tahun untuk keluarganya.

Kisah ini mencerminkan kecekalan dan kesungguhan kesemua wanita Asia Tenggara. Mereka berjaya walaupun terpaksa menghadapi diskriminasi yang hampir tidak dapat diatasi di banyak medan -- termasuk perlu bekerja kuat satu kali ganda untuk berada di tempat yang sedang mereka duduki.

Begitupun, mereka telah meredah jalan yang sama berulangkali --- termasuk dalam politik.

M. Indira Gandhi kehilangan hak penjagaan atas ketiga-tiga anaknya pada 2009. Ceritalah / Mohd Fadli Hamzah
M. Indira Gandhi kehilangan hak penjagaan atas ketiga-tiga anaknya pada 2009. Ceritalah / Mohd Fadli Hamzah


Mengambil contoh datuk bandar wanita Surabaya pertama, Tri Rismaharini, dikenali sebagai "Ibu Risma". Salah seorang daripada ahli politik Indonesia paling dinamik, beliau disenaraikan dalam 50 Pemimpin Terhebat di dunia oleh majalah Fortune pada tahun 2015.

Sejak menyandang jawatan itu pada tahun 2010, beliau telah membantu pertumbuhan ekonomi Surabaya ke 7.5 peratus dan memperuntukkan 35 peratus daripada bajet mengenai pendidikan. Pada hari kedua sebagai datuk bandar, beliau enggan meninggalkan pejabat Naib Presiden selagi tidak dapat jawapan terhadap satu projek pembangunan pelabuhan yang beberapa tahun terbengkalai.

Beliau berjumpa dengan ketua-ketua geng dan ibu ayam dalam usahanya yang untuk menutup "Dolly" yang terkenal. Usaha beliau berjaya. Tempat itu pernah menjadi kawasan pelacuran terbesar di Indonesia.

Di seluruh Asia Tenggara, wanita-wanita berusaha untuk berjaya.

Di Yangon, Wai Thit Lwin, berusia 29 tahun, pengasas Bella Cosmetics dan pengarah kreatif, Anna Swy-Tin membentuk produk-produk berasal tempatan untuk wanita Burma yang diletakkan harga antara USD2-4.

Sebelum Bella, kelas menengah Myanmar yang semakin meningkat terpaksa berpuas hati dengan jenama import yang mahal atau jenama tiruan yang bermutu rendah.

Bella berusaha menggabungkan yang lama dan baharu: Jenama Thanaka adalah penciptaan semula bahan pes tradisi yang diproses dengan teknologi jagaan kulit Korea. Hari ini Bella adalah jenama kosmetik terbesar di Myanmar dengan penguasaan pasaran sebanyak 65 peratus dalam negara yang mempunyai industri kencantikan dan penjagaan peribadi bernilai USD 318 juta.

Kita juga memiliki wanita seperti Neelofa dan Dian Pelangi yang merevolusikan industri fesyen Muslim di rantau ini. "Hijabster" (pemakai hijab yang muda dan bergaya) Indonesia berusia 27 tahun, Dian Pelangi mempunyai pengikut seperti suatu kumpulan kepercayaan yang berjumlah 4.8 juta di Instagram. Begitu juga Neelofa di Malaysia adalah ahli perniagaan wanita yang popular dan tidak konvensional mencipta nama di kalangan golongan fesyen Muslimah. Pada tahun 2014, pelakon dan usahawan berusia 29 tahun itu telah melancarkan fesyen tudungnya yang bergaya dan mampu dibeli --- Neelofar Hijab --- untuk wanita semua umur.

Pada 2016, jenama itu mengaut RM50 juta dalam jualan dengan 10 peratus daripadanya datang dari pembelian antarabangsa. Neelofa berada pada senarai bawah 30 Asia di Forbes 30, dan mempunyai lebih daripada lima juta pengikut di Instagram.

Semuanya tidak berjalan lancar: jenama terbarunya, BeLofa mengundang kontroversi apabila ia dilancarkan di sebuah kelab malam (beliau telah meminta maaf).

Wai Thit Lwin, 29, merupakan pengasas Bella Cosmetics, jenama alat solek Myanmar yang menggabungkan produk dan bahan tempatan seperti bedak Thanaka. Ceritalah / Nauwar Shukri
Wai Thit Lwin, 29, merupakan pengasas Bella Cosmetics, jenama alat solek Myanmar yang menggabungkan produk dan bahan tempatan seperti bedak Thanaka. Ceritalah / Nauwar Shukri


Namun begitu, ia memenuhi tujuannya: produk itu menjadi tular dan tudung-tudung itu habis dijual dalam masa 24 jam.

Wanita muda seperti Neelofa, Wai dan Anna kesemuanya berjaya mengambil kesempatan daripada landskap media sosial untuk membawa adat tempatan ke pentas dunia moden. Keberanian mereka dan berfikiran ke depan menumjukkan kreativiti dan keampuhan Asia Tenggara.

Mereka mewakili suatu masa depan yang berani untuk wanita kita.

Tetapi lebih banyak lagi yang boleh dilakukan. Walaupun laluan yang bertambah untuk pendidikan, ia masih sukar untuk wanita muda di rantau ini untuk bergerak ke depan.

Hakikatnya di rantau kita secara purata masih terdapat hanya 30 wanita bagi setiap 100 lelaki dalam kedudukan pimpinan. Menurut PBB, di peringkat dunia, secara purata wanita dibayar 24 peratus kurang daripada lelaki dan mereka dengan sengaja diletakkan pada peranan yang rendah.

Halangan oleh masyarakat terhadap wanita telah mengakibatkan kemudaratan pada masyarakat itu sendiri. Satu laporan McKinsey mendapati bahawa ekonomi ASEAN boleh menambah USD400 bilion atau 9 peratus kepada KDNK jika semua negara dibandingkan dengan kemajuan prestasi negara terbaik di rantau ini.

Tri Rismaharini, merupakan walikota wanita pertama Surabaya dan tersenarai dalam barisan 50 Pemimpin Terbaik Dunia versi majalah Fortune pada 2015. Merdeka.com
Tri Rismaharini, merupakan walikota wanita pertama Surabaya dan tersenarai dalam barisan 50 Pemimpin Terbaik Dunia versi majalah Fortune pada 2015. Merdeka.com


Terdapat beberapa keadaan yang menggalakkan. Kabinet Presiden Indonesia Joko Widodo sebagai contoh mempunyai lapan menteri wanita (dibandingkan dengan 11 di Perancis). Ini termasuk Menteri Perikanan Susi Pudjiastuti yang disegani dan Sri Mulyani Indrawati yang dinamakan oleh Finance Asia sebagai menteri kewangan terbaik dunia.

Tetapi sedikit menteri tidak menghasilkan kesetaraan gender. Singapura yang mendakwa sebagai negara progresif kekurangan perwakilan wanita dalam politiknya. Hanya 23 peratus daripada Ahli Parlimennya adalah wanita. Angka di Malaysia (10.8 peratus) dan Indonesia (17.1 peratus) lebih kecil.

Siling kaca masih belum dipecahkan walaupun langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi perkara ini.

Di Malaysia, kerajaan telah menetapkan wanita membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus dalam lembaga syarikat tersenarai awam menjelang 2020. Sementara inisiatif 'dari atas ke bawah' adalah baik, ia mesti disertakan dengan anjakan budaya tentang bagaimana kita melihat wanita.

Tempat wanita bukannya di dapur dan penjagaan anak wajar dikongsi bersama oleh kedua ibu dan bapa.

Wanita kita perlu memainkan peranan lebih besar bagi masa depan rantau ini dan bukan saja di lapangan ekonomi.

Ini adalah sesuatu yang kita semua boleh dan mesti memperjuangkannya.



SHARE

Facebook

Twitter

Email

Google

Whatsapp