Cynthia Ng

Penyampai dan Wartawan
 
Follow Cynthia Ng on twitter
Penyampai berita dan wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng, cukup arif membuat liputan berita nasional dan antarabangsa. Sepanjang kariernya di dalam dunia penyiaran yang hampir menjangkau sedekad, pelbagai isu dan topik penting pernah dikupas termasuk tragedi dua pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17, Pilihan Raya 2013 dan pengumuman Belanjawan Negara. Cynthia pernah berkhidmat sebagai pemberita di Bloomberg TV Malaysia dengan pengkhususan dalam topic-topik berkaitan pasaran saham dan pembangunan perniagaan serantau. Dia juga bertindak sebagai koresponden utama tentang Bank Negara. Antara personaliti utama dari dunia perniagaan dan ekonomi yang pernah ditemubualnya termasuk Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat besar seperti TM, Malakoff dan Eco World. Selain sebagai seorang pemberita, Cynthia turut berpengalaman sebagai seorang penerbit. Antara rancangan yang diterbitkan dan dihoskannya ialah Vantage Point, rancangan bual bicara Bahasa Inggeris utama di Astro AWANI. Di lapangan inilah dia berpeluang menemubual nama-nama gah seperti mantan Presiden Portugal, Jorge Sampaio dan mogul perniagaan Amerika, Sheldon Adelson. Cynthia ialah graduan UCSI University, Malaysia dengan Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Komunikasi Massa, Filem dan Televisyen.
Oleh Cynthia Ng
Atlet ping pong terkilan

November 30, 2018

Loading More

Back to top