Sungai yang dianggap suci kini tercemar! Sungai Gangga yang selama ini menjadi sumber keramat bagi warga tempatan di Bangladesh dan India, juga akhirnya 'kalah' pada ancaman pencemaran. - Reuters
Seorang lelaki di Dhaka, Bangladesh mendayung sampannya di saliran air yang penuh dengan sampah sarap, semata-mata untuk mencari sesuatu yang boleh diguna semula. - Reuters
Berapa banyakkah plastik yang kita hasilkan? Gumpalan botol plastik PET (polietilena tereftalate) dihimpun di tapak pemprosesan syarikat Poly Recycling AG company in Bilten, Switzerland. - Reuters
Nampak tenang tetapi dahsyat impaknya! Air kumbahan dari kawasan bandar mengalir masuk ke kawasan pesisir pantai di Ramlet al Bayda di Beirut, Lubnan. - Reuters
Seorang anggota pengawal pantai di Sri Lanka diselaputi minyak sewaktu kerja membersihkan kesan tumpahan minyak berdekatan pantai Uswetakeiyawa, Sri Lanka. - Reuters
Aktiviti pertanian yang tidak terkawal didakwa menjadi punca kematian ribuan ikan kap di kawasan ternakan di sepanjang Sungai Euphrates, Mussayab, Iraq. - Reuters
Seorang lelaki berjalan di celah timbunan sampah pepejal yang terkumpul tanpa dilupuskan di sebuah tapak pembuangan di Colombo, Sri Lanka. - Reuters
Panorama pencakar langit Kuala Lumpur, Malaysia kelihatan berbalam-balam akibat diselubungi jerebu yang kebanyakannya berpunca daripada kesan kebakaran hutan di negara jiran. - Reuters
Kandungan fosforus dan nitrogen berlebihan di sebuah sungai di tengah-tengah bandar raya Shanghai, China telah mengaktifkan pembiakan alga hijau hingga menyesakkan hidupan akuatik. - Reuters