Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan memeriksa keadaan selepas ditenggelami banjir di sini. -fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Bandar Kuantan gelap gelita ketika tinjauan yang dilakukan pada jam tiga pagi tadi selepas belakan elektrik dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila Pencawang Masuk Utama TNB ditenggelami banjir di sini. -fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan memeriksa keadaan selepas ditenggelami banjir di sini. -fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Bandar Kuantan gelap gelita ketika tinjauan fotoBERNAMA jam tiga pagi tadi selepas belakan elektrik dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). -fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Penduduk di sekitar Sungai Lembing memunggah barangan yang penting dan berharga serta keperluan asas melintasi jambatan Sungai Charu selepas dinaiki air sedalam kira-kira setengah meter. Seramai 5,561 mangsa banjir di Kuantan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang Selasa.
Penduduk-penduduk sekitar Sungai Lembing melihat jambatan Sungai Charu ditenggelami air. Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter.
Sekumpulan kanak-kanak meredah banjir yang melimpahi Kampung Cherating Damai. Sementara itu, banjir yang melanda Kemaman, Terengganu telah meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal pada lewat Isnin.
Pemandangan bandar Kuantan yang ditenggelami air kira-kira satu meter. Banjir mula melanda Pahang selepas hujan yang berterusan selama empat hari bermula Sabtu lalu. Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.
Seorang penduduk Nik Zaidi Nik Abu Bakar, 37, menunjukkan paras air di Sungai Golok telah mencecah lapan meter pada paras amaran akibat hujan lebat. Di Kuala Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang semalam.
Sebuah keluarga mengharungi air yang semakin menaiki rumah mereka di Kampung Gembut Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan setakat petang semalam meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi.
Ahmad Fazley Abdullah, 37, (belakang, kiri) dibantu saudara dan jiran menyelamatkan keretanya daripada dihanyutkan setelah kampungnya dinaiki air di Kampung Razali, di sini pada Selasa. Hujan berpanjangan sejak Ahad lepas menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir.
Ahmad Fazley dibantu saudara dan jiran menyelamatkan barangan sebelum berpindah ke pusat pemindahan. Jumlah mangsa banjir di empat daerah - Pekan, Maran, Rompin, Kuantan dan Jerantut meningkat kepada 11, 721 orang sehingga jam 8 pagi Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif meredah air yang turut membanjiri rumahnya di Kampung Razali. Menurut Pusat Kawalan Operasi Banjir Pahang (PKOB Pahang), jumlah mangsa banjir yang terlibat terdiri dari 2,847 keluarga itu ditempatkan di 62 pusat pemindahan dari 78 buah kampung.
Tiga kenderaan di Jalan Tun Ismail, Kuantan ditenggelami air kira-kira satu meter. Mereka yang terlibat dalam kawasan banjir dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengawasi anggota keluarga masing-masing disamping mendengar arahan berpindah apabila diarahkan.
Tiga kenderaan di Jalan Tun Ismail tidak dapat diselamatkan. Empat jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jambatan Sungai Charu KM 28 Kuantan-Sg Lembing, KM 72 Jalan Pekan-Segamat, KM 36 Jalan Gambang depan Gambang Resort.
Penduduk di sekitar Sungai Lembing menyelamatkan barangan yang penting dan berharga serta keperluan asas masing-masing melintasi jambatan Sungai Charu selepas dinaiki air sedalam kira-kira setengah meter. Jalan utama yang menghubungkan Kuantan-Sungai Lembing terpaksa ditutup untuk semua kenderaan selepas paras air Sungai Charu melimpahi jambatan akibat hujan yang berterusan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Pesawat EC725 TUDM turut memberi bantuan mangsa banjir di sekitar Kuantan. Bandar Kuantan lumpuh ekoran paras air yang semakin naik pada Rabu.
Kementerian Pertahanan menerusi satu operasi khas Op Murni memberi bantuan menyelamat mangsa banjir di negeri-negeri seperti Pahang, Johor dan Terengganu. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan penglibatan trup dan asetnya kepada tiga divisyen di Pahang dan Johor.
ATM akan turut sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan Johor serta perkembangan di Pantai Timur yang turut mengalami banjir yang lebih buruk dalam masa terdekat. ATM telah menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan logistik untuk bantuan banjir dan semua trup dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.
7 brigade, Tentera Darat memberi bantuan kepada mangsa banjir sekitar Johor. Kawasan tanggungjawab divisyen yang terlibat dalam Op Murni di Johor meliputi Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing. Trup terlibat adalah di daerah Mersing melibatkan satu Rejimen Renjer DiRaja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP dan aset terlibat ialah dua buah bot, dua kenderaan tiga tan dan kenderaan TATRA tujuh tan sebanyak 2 di Johor.
Penggunaan aset yang terlibat dalam Op Murni ialah 16 buah bot, 16 buah kenderaan tiga ton, empat buah kenderaan Land Rover dan Kenderaan TATRA tujuh tan sebanyak enam buah di Pahang dan dua di Terengganu. Kementerian Pertahanan turut melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir.
Wartawan Astro AWANI Hilal Azmi bersama Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meninjau kawasan banjir di Pahang & Terengganu. -Twitter/@hilalazmi
Penduduk Sg Isap Jaya terima bantuan pakaian daripada pihak sukarelawan yang terus menghulur bantuan -Twitter/@arfarfarfa