Sekumpulan pembesar mengerumuni makam Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang mangkat 23 Januari lalu ketika berusia 90 tahun akibat penyakit pneumonia. - AFP PHOTO / MOHAMMED MASHHUR
Pemandangan dari bandar Frutillar, ke selatan Chile,memaparkan sinaran petir berlatar-belakangkan lahar dari gunung berapi Calbuco pada 23 April 2015. - AFP PHOTO/MARTIN BERNETTI
Acara "Colour Run 2015" atau larian warna berlangsung meriah di ibu kota Paris pada 19 April 2015. Peserta di sembur dengan pelbagai warna sepanjang larian. - AFP PHOTO / JOEL SAGET
Foto yang diambil pada 25, April 2015 ini memaparkan pasukan penyelamat sedang mengusung pendaki yang cedera selepas kejadian gempa bumi yang melanda Everest Base Camp, Nepal. Lebih 2,000 terbunuh dalam bencana itu. - AFP PHOTO/Roberto SCHMIDT
Seorang kanak-kanak Yahudi sedang berenang di sisi ternakan kambing biri-biri milik penternak Palestin di Perkampungan Al-Auja di Tebing Barat April lalu. - AFP PHOTO/MENAHEM KAHANA
Mainasi Issa, 23, warga Malawi yang mengidap sindrom Albino sedang mengendung anak perempuannya di Nkole dalam daerah Machinga pada 17 April 2015. Dia mendapat perhatian selepas enam orang dengan sindrom yang sama dilaporkan dibunuh di negara itu. - AFP PHOTO / GIANLUIGI GUERCIA
Kelihatan seorang wanita warga China sedang menghisap rokok di dalam sebuah bar pada 27 Mei 2015. China pada Jun mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang melanggar larangan menghisap rokok di dalam kediaman. - AFP PHOTO / FRED DUFOUR
Seorang pelarian Rohingya sedang menjamah makanan yang dihulurkan tentera Thailand menggunakan helikopter. Kapal yang membawa ratusan pelarian itu hanyut di lautan Andaman sebelum menghampiri Pulau Koh Lipe pada 14 Mei 2015. - AFP PHOTO / Christophe ARCHAMBAULT
Kelihatan seorang pengguna asyik menghisap vape. Majlis Fatwa Kebangsaan pada Disember membuat keputusan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.-fotoBERNAMA
Muara Sungai Balok di Kuantan Pahang menjadi kemerahan selepas hujan lebat selama dua hari pada Disember dipercayai akibat perlombongan bauksit. - fotoBERNAMA