Pereka fesyen Anne Avantie menampilkan koleksi yang mempunyai elemen tradisional dan juga moden. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Para peragawati meragakan pakaian dari pereka fesyen Fenny Mustafa. Fenny terkenal di Indonesia untuk koleksi Muslimah beliau yang kelihatan sopan, namun tetap mempunyai stail yang tersendiri. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Seorang peragawati menggayakan pakaian dari Anne Avantie yang mempunyai ciri-ciri pakaian tradisional Indonesia namun diberikan elemen yang lebih seksi, terutama sekali di bahagian belakang dan kaki. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Untuk Minggu Fesyen Indonesia 2014, pakaian Anne Avantie mempunyai elemen kebudayaan Bali dan Jawa. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Seorang model untuk koleksi Anne Avantie memberi pose kepada jurugambar ketika Minggu Fesyen Indonesia di Jakarta. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Pereka fesyen Anne Avantie juga terkenal dengan koleksi kebaya beliau yang diberikan suntikan modern agar ia kelihatan lebih seksi. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Ungu menjadi warna pilihan bagi pereka fesyen Itang Yunasz ketika Minggu Fesyen Indonesia yang diadakan di Jakarta pada hari Jumaat. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Model lelaki dan wanita menggayakan pakaian Itang Yunasz ketika Minggu Fesyen Indonesia 2014. Beliau mengetengahkan fesyen Muslim dan Muslimah. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Pereka fesyen Indonesia Dian Pelangi memberi pose kepada jurugambar selepas pertunjukan koleksi baju beliau untuk Minggu Fesyen Indonesia 2014. -AP Photo/Achmad Ibrahim
Pakaian pereka fesyen Mardiana Ika tampil lebih segar dan moden berbanding jenama lain yang memilih gabungan tradisional dalam rekaan mereka. -AP Photo/Achmad Ibrahim