Seorang pengunjung berjalan di bawah sebuah Wau di pusat membeli-belah Kuala Lumpur.(AP Foto/Vincent Thian)
Peniaga bazar, Norsakira Kamarudin, 25, menyusun tudung untuk dijual kepada para pengunjung di bazar membeli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). -fotoBERNAMA
Sekumpulan kanak-kanak gembira bermain bunga api sempena pertandingan pelita raya di Kampung Alur Limbat. fotoBERNAMA
Seorang pengunjung pusat membeli-belah berjalan di bawah dekorasi Hari Raya Aidilfitri di Pavillion, Kuala Lumpur. (AP Photo/Vincent Thian)
Isteri Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puan Sri Faridah Idris, memberi sumbangan baju raya kepada salah seorang kanak-kanak daripada lima keluarga miskin bandar di pusat membeli-belah AEON Mid Valley.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada keluarga miskin bandar untuk membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 yang akan disambut tidak lama lagi. - fotoBERNAMA
Seorang gadis cilik di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) mencuba tudung baru untuk Aidilfitri. AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang lelaki Islam sedang bersembahyang di Masjid Wilayah Kuala Lumpur untuk beberapa hari lagi sebelum ketibaan bulan Syawal. AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang lelaki membaca al-Quran di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Umat Islam mempergiatkan ibadah mereka di hari-hari terakhir Ramadan sebelum menjelmanya bulan Syawal. AWANI / SHAHIR OMAR AWANI / SHAHIR OMAR
Kelihatan umat Islam berbuka puasa di Masjid India Kuala Lumpur. Hanya selang beberapa hari lagi bulan Syawal akan tiba menandakan tamatnya sebulan berpuasa buat umat Islam. AWANI / SHAHIR OMAR
Suasana Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada akhir-akhir bulan Ramadan. AWANI / SHAHIR OMAR
Wanita memakai tudung burqa di Afghanistan membeli buah kering sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri di Mazar-i-Sharif, Afganistan. EPA/SAYED MUSTAFA
Orang ramai membeli baju di al-Mazzeh Damasyik, Syria sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri. EPA/YOU EPA/YOUSSEF BADAWI
Satu keluarga warga Indonesia menaiki motorsikal beratur untuk menaiki feri di Port Gilimanuk di Jembrana, Bali. EPA/MADE NAGI
Warga Indonesia beratur untuk menaiki sebuah kapal di Pelabuhan Gilmanuk, Bali. Jutaan rakyat negara itu pulang ke kampung halaman dalam satu tradisi yang dikenali sebagai mudik. EPA/MADE NAGI
Sekumpulan penunggang motosikal Indonesia beratur untuk menaiki sebuah kapal penumpang di Pelabuhan Gilamnuk Jembrana, Bali, Indonesia untuk pulang berhari-raya. EPA/MADE NAGI
Seorang wanita Islam Nepal berdoa di rumahnya di Kathmandu, Nepal pada hari-hari terakhir Ramadan, menjelang tibanya Aidilfitri. EPA/NARENDRA SHRESTHA
Orang ramai menunggu bas untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi ketika tinjauan fotoBernama di Hentian Bas Putra di sini hari ini. - fotoBERNAMA
Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada umat Islam.
Pelbagai pengisian amal ibadah boleh dilakukan oleh umat Islam sepanjang Ramadan ini bagi memperolehi barakah berkenaan.
Antaranya ialah dengan menziarahi kubur. Amalan ini disunatkan kepada umat Islam bagi mengingati kematian.
Kelihatan Ezuan Sirajuddin, 34, yang meluangkan masa untuk membersihkan tanah perkuburan sambil berdoa untuk ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Gurap jalan Kuala Kangsar di sini hari ini. -fotoBERNAMA