Pengarah Projek Sungai Buloh-Kajang (SBK) Transit Aliran Massa (MRT) Marcus Karakashian (tiga, kiri) berbincang dengan Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan MRT Datuk Najmuddin Abdullah (dua, kiri) dan Pengarah Pengurusan Komersial dan Tanah MRT Datuk Haris Fadzilah Hassan (kiri) sewaktu tiba di Stesen MRT Bukit Bintang pada Sesi Taklimat Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang kakitangan Transit Aliran Massa (MRT) sedang melakukan kerja persiapan akhir di Stesen MRT Muzium Negara sewaktu tinjauan pada Sesi Taklimat Media Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kemudahan eskalator adalah kemudahan utama yang terdapat di setiap stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk memudahkan para pengguna melalui stesen MRT selain untuk menjimatkan masa. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Stesen Transit Aliran Massa (MRT) seperti di Pasar Seni ini bakal mempamerkan aspek kebudayaan, seni dan kraf bagi mempromosikan warisan budaya negara melalui unsur visual. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Suasana selesa dapat dilihat di dalam tren Transit Aliran Massa (MRT) yang mesra pengguna serta mesra pengguna Orang Kelainan Upaya (OKU) pada tinjauan hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kemudahan seperti tandas, surau, serta bilik menyalin lampin bayi turut disediakan pada setiap stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk memudahkan para pengguna sepanjang berada di MRT. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang anggota polis bantuan sedang memantau skrin monitor di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk mempastikan keselamatan sewaktu tinjauan pada Sesi Taklimat Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Fasa dua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30KM akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR