Seorang penganut Hindu Iysa Dovid melihat bunga untuk dibeli di Brickfields, Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2017. Brickfields atau 'Little India' terdapat pelbagai kedai seperti kedai sari, kedai bunga, kedai barangan perhiasan serta gerai kuih-muih yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya penganut Hindu yang membuat persiapan menjelang perayaan itu. - fotoBERNAMA
Menjelang sambutan Hari Deepavali, 'Little India' di Brickfields ibu negara menjadi tumpuan penganut Hindu untuk membeli-belah. Tinjauan mendapati suasana membeli-belah pada waktu malam begitu meriah. Pelbagai jenis pakaian dan aksesori, kuih-muih, hiasan rumah dijual dengan harga yang berpatutan di lokasi yang turut menjadi tumpuan pelancong. - fotoBERNAMA
Para tetamu melakukan acara nyalaan pelita sempena pelancaran hiasan Kolam di sebuah pusat membeli belah di ibu negara sempena sambutan Deepavali. - fotoBERNAMA
Satu persembahan tarian tradisional diadakan sempena sambutan Deepavali yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di ibu negara. - fotoBERNAMA
Penganut Hindu mula sibuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan Deepavali ketika tinjauan di George Town, Pulau Pinang pada 12 Oktober 2017. - fotoBERNAMA
Seorang peniaga, K Darai menyusun kain sari di Brickfields, Kuala Lumpur. Kain sari merupakan pakaian tradisional kaum wanita masyarakat India yang bukan sahaja dipakai pada majlis-majlis rasmi malah musim perayaan seperti Hari Deepavali. - fotoBERNAMA