Penyokong fanatik Pahang Mohd Fadil Ahamad, 29, (kanan) diwarnakan mukanya oleh rakannnya, Tun Danial Farhan Tun Izhar, 20, sebagai tanda sokongan kepada pasukan "Tok Gajah" yang akan beraksi pada perlawanan akhir Piala FA 2014 menentang pasukan Felda United pada Sabtu di Stadium Shah Alam. Pahang layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) dengan agreget 2-1 manakala Felda United mengalahkan Kelantan dengan agreget 5-5 tetapi Felda United layak menerusi jaringan tempat lawan. Foto BERNAMA
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Rozabil Abdul Rahman (kanan) memberi penerangan kepada wartawan ketika melawat padang bola di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat. Foto BERNAMA
Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja baik pulih pada padang bola menjelang perlawanan final Piala FA Stadium Nasional, Bukit Jalil. Foto BERNAMA
Pembeli tiket online beratur bagi menebus tiket untuk perlawanan akhir Piala FA di Stadium Malawati. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat pertama kali mencuba sistem atas talian itu sepenuhnya tanpa menjual sebarang tiket di kaunter gelanggang final. Bagi pembeli yang sudah membeli tiket ini, mereka boleh menebusnya di Stadium Malawati, Shah Alam dari 9 pagi hingga 6 petang. Foto BERNAMA
Pembeli tiket online Atiqah Nadzari menunjukkan tiket yang ditebus bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Malawati, Shah Alam. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat pertama kali mencuba sistem atas talian itu sepenuhnya tanpa menjual sebarang tiket di kaunter gelanggang final. Foto BERNAMA