Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalani raptai menaikkan bendera 11 negara peserta Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017. -fotoBERNAMA
Sukarelawan bertugas masing-masing membawa papan tanda tertera nama 11 negara yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 semasa raptai majlis perasmian temasya sukan serantau itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017. -fotoBERNAMA
Persiapan akhir Stadium Bukit Jalil untuk majlis perasmian Sukan SEA KL2017 pada 19 Ogos 2017 dan olahragawan serta olahragawati 10 negara ASEAN bakal menyertai perarakan dan menjadi tumpuan dunia. -fotoBERNAMA
Petugas Kreatif Cosry, Muhamad Afiq Fahmi menyusun kotak baju yang akan dipakai atlet negara pada perarakan Majlis Pembukaan Sukan SEA KL2017 di sebuah hotel. - fotoBERNAMA
Persiapan berjalan rancak menjelang majlis perasmian Sukan SEA KL 2017 pada 19 Ogos 2017 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -fotoBernama
Sarah Zulkiflee (kiri) bersama rakannya Afiq Naufal (kanan) membeli baju Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -fotoBERNAMA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat meninjau persiapan Sukan SEA KL2017 di Stadium Bukit Jalil. Baginda diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. -fotoBERNAMA
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman (berpakaian celoreng) memeriksa tahap keselamatan beberapa venue Sukan SEA ke-29 KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). -fotoBERNAMA