Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)- Astro AWANI /SHAHIR OMAR
Mengikut kiraan Hisab dan pengenapan bulan Syaaban tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Khamis 18 Jun bersamaan 1 Ramadan.- Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang Pembantu Jabatan Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat anak bulan Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menetapkan tarikh permulaan puasa Ramadan 1436H/2015M pada petang Selasa. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang kanak-kanak sedang melihat alat penyerap anak bulan Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menetapkan tarikh permulaan puasa Ramadan 1436H/2015M pada Selasa. Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Khamis 18 Jun, 2015 selepas diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada Selasa 16 Jun 2015. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Seorang anggota Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan 2015 melakukan pencerapan anak bulan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk menetapkan tarikh permulaan puasa Ramadan 1436H/2015M pada Selasa 16 Jun, 2015.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Para Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan, Wilayah Persekutuan 2015 melakukan pencerapan anak bulan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menetapkan tarikh permulaan puasa Ramadan 1436H/2015M pada Selasa, 16 Jun, 2015. -fotoBERNAMA
Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang melihat menggunakan alatan khas "Thedolit" untuk mencerap anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa di puncak Bukit Pelindung pada Selasa, 16 Jun, 2015. Jabatan Mufti Pahang dan Jabatan Ukur dan Pemetaan turut serta dalam proses penetapan tarikh bermulanya puasa. -fotoBERNAMA
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggunakan teleskop yang mempunyai 70 kali ganda dari jarak penglihatan biasa untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Selasa 16 Jun, 2015. Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Paimuzi Yahya (tiga,kiri).- fotoBERNAMA
Pegawai Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Muhammad Nordin Raj Abdullah menggunakan teleskop yang mempunyai 70 kali ganda dari jarak penglihatan biasa untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada 16 Jun, 2015. Lokasi itu merupakan antara lokasi memerhati anak bulan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini berdasarkan Rukyah serta Hisab. - fotoBERNAMA