Seorang pekerja sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas sebatang pokok akasia tumbang di Taman Lafayette Rabu. Ribut El Nino kuat melanda bandar San Francisco minggu ini dan mengakibatkan hujan lebat di situ. Media tempatan melaporkan cuaca tidak menentu ini telah mengakibatkan beberapa kemalangan jalan raya dan banjir di kawasan sungai di situ. - Foto AP/Jeff Chiu
Trafik perlahan di Lebuh raya 101 di menuju ke Jambatan Golden Bridge di Sausalito, California Rabu. Ribut El Nino kuat melanda bandar San Francisco minggu ini dan mengakibatkan hujan lebat di situ. Media tempatan melaporkan cuaca tidak menentu ini telah mengakibatkan beberapa kemalangan jalan raya dan banjir di kawasan sungai di situ. Foto AP/Eric Risberg
Pejalan kaki, terpaksa berpayung gara-gara hujan lebat selepas daerah itu dilanda ribut El Nino, melintas jalan di Flower Street di pusat bandar Los Angeles, Rabu. Jabatan Cuaca Kebangsaan menganggarkan suhu akan menurun secara mendadak mengakibatkan cuaca sejuk, angina kuat dan hujan lebat akan melanda bandar itu. Foto AP/Richard Vogel
Aksi seorang peluncur di Jambatan Golden Bridge ketika ribut El Nino melanda bandar San Francisco, Rabu. Ribut El Nino mula melanda kawasan Pasifik mengakibatkan taburan hujan tinggi di bahagian barat daerah itu selama dua minggu dan menimbulkan keresahan di kalangan penduduk terhadap terjadinya banjir lumpur dan banjir kilat di situ. - Foto AP/Ben Margot
Seorang lelaki sedang berehat di bawah dermaga Pantai Manhattan ketika pesisiran pantai California dilanda rebut El Nino, Rabu. - Gambar AP/Nick Ut
Kotoran lumpur melumuri sebuah rumah yang dilindungi bag pasir di Monrovia, California pada Rabu, Januari 6, 2016. Api marak yang berlaku dua tahun lepas telah merosakkan tumbuh-tumbuhan dan struktur tanah di kawasan tersebut. Sistem El Nino masa ini, efek pemanasan semula jadi dari Lautan Pasifik disifatkan dapat berinteraksi dengan atmosfera dan sekaligus memberi impak terhadap perubahan cuaca di selutuh dunia. Foto AP/Damian Dovarganes
Seorang penduduk meranduk air selepas rumahnya dilanda banjir akibat hujan lebat di Lembah Silverado di Orange County, California pada Januari 6, 2016. Foto Mindy Schauer/The Orange County Register via AP