Penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves hadir beramai-ramai bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam pada Isnin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sambutan Thaipusam di negara ini adalah lambang keindahan masyarakat majmuk di Malaysia dan bukti bahawa tiada sekatan dalam mengamalkan kepercayaan serta agama masing-masing. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Di Batu Caves, tempat keagamaan ini menjadi daya tarikan bagi sektor pelancongan dan menjadi ikon yang unik kepada negara. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Lebih 1,500 sukarelawan daripada 14 agensi kerajaan bertugas bagi membantu kelancaran sambutan Thaipusam di Batu Caves termasuk bantuan perubatan dan kecemasan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves hadir beramai-ramai bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam pada Isnin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves hadir beramai-ramai bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam pada Isnin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Thaipusam adalah perayaan yang disambut penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai yang jatuh sama ada pada Januari atau Februari setiap tahun. - Fot Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ini satu lagi peristiwa menggambarkan perpaduan kaum di Malaysia walaupun pengikut agama lain tidak mempunyai kaitan dengan perayaan Thaipusam tetapi mereka ingin bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang beragama Hindu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bersempena perayaan itu, penganutnya akan menunaikan nazar mereka dengan menjunjung 'paal kudam' (belanga susu) yang dianggap paling suci dan 'kavadi' yang dihias cantik. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Uniknya Thaipusam di Malaysia ialah upacara keagamaan itu diraikan secara besar-besaran sehingga menjadi antara tarikan pelancongan terkenal di mata dunia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR