Tokoh legenda badminton negara mendiang Datuk Punch Gunalan memegang baton mewakili Malaysia menerima baton Sukan Komanwel dari Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London pada 9 Mac 1998. - AFP
Sultan Hassannal Bolkiah dari Brunei (kiri) dan Putera Edward dari Britain memerhati upacara pembukaan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur, 11 September 1998. Lebih 100,000 penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan acara gilang-gemilang itu. Atlit dari 70 negara Komanwel mengambil bahagian dalam temasya sukan berprestij yang diadakan setiap empat tahun sekali. - AFP PHOTO/Kazuhiro NOGI
Persembahan budaya di upacara pembukaan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur, 11 September 1998. Lebih 100,000 penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan acara gilang-gemilang itu. Lebih 4000 atlit dari 70 negara Komanwel mengambil bahagian dalam temasya sukan itu. - AFP PHOTO/Kazuhiro NOGI
Upacara pembukaan Sukan Komanwel ke-16 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 11 September 1998. Lebih 5,000 sukarelawan memegang plakad mempamerkan imej acara sukan dan bendera negara Komanwel yang mengambil bahagian dalam temasya sukan itu. - AFP PHOTO/William WEST
Bunga api meletus di bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil ketika upacara pembukaan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur, 11 September 1998. Ketika itu, Malaysia merupakan negara Asia pertama yang diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan berprestij itu. - AFP PHOTO/Emmanuel DUNAND
Atlit gimnastik Malaysia Au Li Yen beraksi dalam acara melombol ketika acara pasukan gimnastik saringan pertama pada 13 September 1998. Li Yen seterusnya menjadi atlit gimnastik pertama Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada 2000 di Sydney, Australia. - AFP PHOTO/Kazuhiro NOGI
Rakyat Malaysia bersorak apabila atlit tinju negara Adnan Yusoh menewaskan lawannya Silence Mabuza dari Afrika Selatan dalam perlawanan suku akhir tinju, kategori 54kg di Sukan Komanwel ke-16, 15 September 1998. - AFP PHOTO/Manny CENETA
Atlit tinju negara Sapok Biki menunjukkan gambar Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau menewaskan Gary Jones dari England dalam pertarungan separuh akhir acara tinju kategori 48kg, Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur, 18 September 1998. Sapok seterusnya memenangi pingat emas dalam kateogri 48kg (lightfly) apabila anak Sarawak itu menewaskan Musa Kinyua dari Kenya 19-13 untuk menjadi atlit Malaysia yang pertama memenangi pingat emas dalam tinju di Sukan Komanwel. AFP PHOTO/GOH Chai Hin
Kapten pasukan hoki negara Mirnawan Nawawi (kanan) bersorak apabila menjaringkan gol dalam perlawanan separuh akhir menentang India di Sukan Komanwel-16 di Kuala Lumpur, 19 September 1998. Pasukan hoki negara menang pingat perak secara keseluruhannya dalam temasya sukan itu. - AFP PHOTO/William WEST