Ketika orang lain sedang bersiap untuk tidur, Hamidah bersiap untuk masuk kerja syif malam di Hospital Ampang Puteri. Astro AWANI / Israr Khalid
Hamidah memeriksa telefon bimbitnya untuk melihat semula mesej pesanan rakan seangkatan untuk diambil tindakan susulan masuk kerja nanti. Astro AWANI / Israr Khalid
Syif kerjanya bermula jam 10 malam hingga 10 pagi esok. - Astro AWANI / Israr Khalid
Sambil melangkah, Hamidah menjenguk sehingga ke sebalik pintu, ramai atau tidak pesakit yang datang hari tersebut. - Astro AWANI / Israr Khalid
Bersiap untuk mengambil alih tugas daripada rakan setugas terdahulu yang sedang membuat laporan sebelum menamatkan harinya. - Astro AWANI / Israr Khalid
Loker yang bercampur barangan peribadi dan kerja yang disusun rapi. - Astro AWANI / Israr Khalid
Lencana dan tanda nama kembali disematkan pada uniform biru itu, selepas hanya sebulan bersara. - Astro AWANI / Israr Khalid
"OK, nak mula kerja ni," kata Hamidah di luar bilik pejabatnya. - Astro AWANI / Israr Khalid
Malam ini malam yang agak sibuk, dan menjadi tugasnya sebagai pemimpin syif malam untuk memastikan segalanya berjalan lancar. - Astro AWANI / Israr Khalid
Sister Hamidah berbual dengan anak-anak buahnya. - Astro AWANI / Israr Khalid
Hari Ibu disambut bersama ibunya yang tiba dari kampung di Ayer Hitam, Johor. - Astro AWANI / Israr Khalid
Suapan kek daripada seorang ibu kepada ibunya. - Astro AWANI / Israr Khalid