Anjing, kucing ada sejuta pengikut di IG!

Anjing, kucing ada sejuta pengikut di IG!
Sayang selamanya ... - Foto IG henrythecoloradodog
SEEKOR anjing dan kucing milik pasangan pengembara Cynthia Bennet dan Andre Sibilsky boleh dianggap ‘Best Friend Forever’ (BFF) dengan kemesraan haiwan itu.

Mereka berdua membela seekor anjing yang diberi nama sebagai Henry untuk menemani aktiviti kembara mereka.    

Mula dibela sejak 2014, Henry ternyata gemar mengikuti dua pemiliknya untuk mendaki gunung.
Pengembaraan mereka bertambah meriah apabila pasangan itu menambah 'ahli keluarga' mereka dengan kehadiran seekor kucing yang dinamakan sebagai Baloo.

"Sewaktu kali pertama kami bawa Henry mendaki gunung, dia naik ke atas batu yang paling besar untuk mendapatkan permandangan yang lebih tinggi.

"Sejak hari itu, kami gelarkan dia 'kambing gunung' kerana dia suka mendaki dan suka aktiviti luar," kata Bennet.

Bosan melakukan aktiviti bertiga, mereka mula membela Baloo pada 2017, seekor kucing kacukan baka Siam yang ternyata memiliki minat yang sama dengan mereka.

Ujar Bennet, Henry sering resah seandainya ditinggalkan bersendirian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You’ve got a friend in me