APPLE Inc telah mengumumkan acara yang dinanti ramai yang akan berlangsung 12 September ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, syarikat perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian itu dijangka akan mengumumkan produk terbaharu mereka.

Jemputan ke acara tahunan yang akan mengambil tempat di Steve Jobs Theater itu telah pun dihantar 31 Ogos lalu, dan reka bentuk logo Apple pada jemputan itu mula menimbulkan pelbagai spekulasi.

Rekaan logo Apple memperlihatkan tiga warna utama iaitu perak, biru dan jingga.

Ramai yang meneka ia membawa maksud tiga produk terbaharu yang akan diperkenalkan Apple.

Ada juga yang beranggapan ia mungkin warna baharu untuk siri terbaharu iPhone.

Acara tersebut dijangka akan mendedahkan siri terbaharu iPhone, iPhone 8.

iPhone 8 disebut-sebut ramai bakal memiliki paparan skrin OLED 5.8 inci, selain sistem pengesanan wajah (facial recognition) dan pengecas tanpa wayar.