Kualiti karya yang dipamerkan oleh galeri-galeri yang menyertai Art Expo Malaysia 2019 bertambah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pengasas bersama dan pengarah pameran, Sim Pojinn menjelaskan fenomena itu menunjukkan pasaran seni di Malaysia amat baik.
Pojinn juga menjelaskan Art Expo kali ini menunjukkan peningkatan dari segi pengkhususan seni menerusi galeri-galeri Asia Tenggara.
Jelas beliau, Art Expo tahun-tahun sebelum ini tidak mempunyai pengkhususan yang jelas biarpun mempunyai zon Asia Tenggara.
"Macam Asia Tenggara, kita ada makmal Asia Tenggara yang mana di kawasan pintu utama, kita serahkan kepada satu galeri untuk melihat sejauh mana mereka boleh lakukan sesuatu yang menarik.
"Selain itu, kita juga mempunyai apa yang kita namakan South East Asia Art Now, seperti kita ada reruai yang dimiliki oleh Segaris Art Center.
"Kita berbincang dengan pihak Segaris tentang apa yang kita mahukan dan Segaris telah curate sesuatu yang cantik untuk artis-artis Malaysia yang mereka bawa," katanya kepada Astro AWANI.
Selepas 13 tahun penganjuran Art Expo, banyak perubahan yang telah berlaku dari segi penyertaan galeri dan juga kehadiran orang ramai.
"Ketika tahun pertama penganjuran Art Expo ini, hanya dua ribu pengunjung yang hadir tetapi kali ini seramai 25,000 hingga 30,000 pengunjung hadir.
"Ini satu yang baik, sangat menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung dan dari segi jualan juga terdapat peningkatan," katanya lagi.
Namun biarpun dilihat sudah berjaya menarik minat ramai pengunjung dan penyertaan galeri, Pojinn berpendapat masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan.
Pojinn menjelaskan pihaknya menganjurkan Art Expo bertujuan untuk memasarkan karya-karya artis tempatan ke peringkat antarabangsa.
Selain itu penganjuran Art Expo ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk menghargai karya-karya artis tempatan.
10 tahun pertama penganjuran, ia dibuka secara percuma namun sejak tiga tahun lepas pengunjung dikenakan bayaran yang berpatutan untuk melihat karya-karya yang dipamerkan.
"Sebenarnya kami cuba untuk mendidik masyarakat menghargai seni dan kerana itu untuk 10 tahun pertama ia dibuka secara percuma kepada orang ramai.
"Sejak tiga tahun lepas, kami kenakan bayaran yang berpatutan berbanding pameran seni di negara luar dan sambutan juga menggalakan," katanya.
Art Expo Malaysia yang berlangsung dari 11 Oktober lalu dan berakhir hari ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Selain Malaysia dan beberapa galeri dari negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura, terdapat juga penyertaan dari Jepun, Sepanyol, Itali, Amerika Syarikat, Kanada dan Hong Kong.
Irwan Muhammad Zain
Sun Oct 13 2019
Seramai 25,000 hingga 30,000 pengunjung hadir ke Art Expo Malaysia 2019 yang diadakan di Matrade Exhibition and Convention Centre. - Gambar fail
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Art Expo Malaysia semakin diterima masyarakat
Selepas 13 tahun penganjuran Art Expo, banyak perubahan yang telah berlaku dari segi penyertaan galeri dan juga kehadiran orang ramai.
Lukisan Picasso terkait 1MDB jadi bahan karya di Art Expo 2019
Selain Hamir Dan Edroger, Segaris Art Center juga membawa enam lagi artis untuk bersama menyertai Art Expo Malaysia 2019 kali ini.