KETAGIHAN telefon pintar bukan perkara baru dalam dunia hari ini.

Masalah ini cukup kritikal sehingga ada yang langsung tidak boleh berenggang dengan telefon, walaupun ketika bersama yang tersayang.

Video yang tular di China ini dirakam Disember lalu di sebuah restoran Chongqing, China, lapor China Press.

Ia memaparkan seorang wanita bertindak memasukkan telefon teman lelakinya ke dalam bekas hidangan steamboat yang sedang mendidih, susulan satu pertelingkahan.

Dalam video berdurasi seminit 10 saat itu, wanita itu nampak cukup berang namun teman lelakinya langsung tidak mahu meletakkan telefon yang dipegang.

Gara-gara hilang sabar, wanita berkenaan lantas bertindak merampas telefon teman lelakinya dan memasukkannya ke dalam bekas berisi rebusan air itu, seterusnya berlalu dari situ.

Seorang pelayan kemudiannya membantu lelaki terbabit mengeluarkan telefonnya dari bekas tersebut, namun tidak dapat dipastikan jika telefon itu masih boleh digunakan.


Video kredit China Vientiane.