Mengecat rumah dan memasangnya dengan ribuan Jalur Gemilang menjadi inisiatif kepada seorang bekas tentera sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
Muhammad Nasir Mustapha, 59, berkata selain itu, beliau turut memasang sebanyak 61 Jalur Gemilang di vannya.
"Saya mulakan kerja-kerja mengecat bahagian luar rumah dengan tema Jalur Gemilang sejak Jun lalu secara bersendirian dan telah mengeluarkan modal RM300 untuk membeli cat.
"Selain itu, saya memasang kira-kira 2,500 Jalur Gemilang di sekeliling rumah bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Batu 11 di sini, pada Isnin.
Menariknya, Muhammad Nasir tidak mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli Jalur Gemilang tetapi mengutipnya di tepi jalan.
"Saya mula mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di tepi jalan, rosak mahupun koyak sejak tahun 2000 lagi.
"Walaupun sering disindir rakan-rakan namun ia memberi kepuasan sekaligus mendidik hati saya untuk mencintai tanah air," katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata Jalur Gemilang merupakan kekuatan kepada anggota tentera dalam mempertahankan tanah air daripada sebarang anasir yang mahu merosakkan negara.
"Ini adalah cara saya melahirkan semangat cintakan negara. Walaupun ada sesetengah rakan yang sindir saya sudah gila, namun sebagai bekas tentera Jalur Gemilang adalah kekuatan kami.
"Sindiran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghiasi rumah saya atau kenderaan saya dengan Jalur Gemilang sepanjang tahun terutamanya pada bulan kemerdekaan," katanya sambil menambah aktivitinya itu turut mendapat sokongan daripada anggota keluarganya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Pesara tentera Muhammad Nasir Mustapha, 59, atau lebih dikenali 'Pak Dor' memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang menghiasi rumah beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018. - Bernama
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Raja Mohamed Affandi anggap PRK Kemaman sebagai 'call of duty' demi rakyat
Sebagai bekas tentera, tawaran menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama satu 'call of duty', kata Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Bekas tentera didakwa bunuh isteri berhadapan hukuman gantung
Tertuduh didapati membunuh Munirah Abu Bakar di sebuah rumah di Arau pada 30 September lalu.
Mahkamah Rayuan ganti hukuman mati bekas tentera dengan penjara 40 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati seorang bekas tentera dengan penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang wanita warga emas.
Bekas tentera dipenjara selepas lakukan amang seksual terhadap anak lelaki
Bapa berusia 52 tahun itu mengaku salah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia enam tahun.
Pasca PRU15: Veteran cadang bekas tentera jadi Menteri Pertahanan
PVATTBM mencadangkan kepada Perdana Menteri agar jawatan Menteri Pertahanan atau Timbalan Menteri Pertahanan, diberikan kepada bekas tentera.
Bekas tentera dipenjara 24 tahun rogol, liwat anak perempuan
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang bekas tentera yang didapati bersalah merogol dan meliwat anak kandungnya menjalani hukuman penjara selama 24 tahun berkuat kuasa hari ini.
Bekas pegawai tentera didakwa tipu kontraktor selenggara
Hadapi pertuduhan menipu seorang kontraktor berhubung kerja-kerja penyelenggaraan membabitkan RM8,500, lima tahun lepas.
Bapa tergamak bawa anak demam teman lepas gian dadah
Seorang bapa tergamak membawa anak lelakinya yang demam untuk menemaninya melepaskan gian di sarang penagihan dadah.
Penjenamaan semula: Bekas tentera pilihan utama jadi pengawal keselamatan
Bidang kawalan keselamatan mengalami kekurangan pekerja disebabkan kekangan bagi syarikat terbabit membawa masuk pekerja asing.
Bapa terkejut temui mayat anak tergantung
Anaknya ditemui tergantung di ruang tamu dengan tali diikat pada kipas angin rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi.