Pernahkah anda menghadiri upacara perkahwinan yang pelik di mana manusia berkahwin dengan pokok?

Ya, ini antara kisah perkahwinan pelik yang berlaku di Mexico.

Menerusi portal Metro.uk, wanita-wanita ini dilaporkan berkahwin dengan pokok bukan kerana mereka sudah bosan kerenah kaum lelaki tetapi ingin menyelamatkan sumber alam semula jadi ini.

Upacara perkahwinan yang berlangsung di San Jacinto, Amilpas di negeri Oaxaca ini diadakan bagi memupuk kesedaran orang ramai terhadap isu pembalakan haram yang semakin membimbangkan di sana.

Oaxaca merupakan salah satu dari lima negeri yang berhadapan dengan masalah pembalakan yang teruk dan ia dikawal oleh golongan penjenayah.

Justeru upacara perkahwinan dengan pokok ini diadakan bagi membolehkan masyarakat sedar akan kepentingan memelihara sumber alam jadi.