Cabaran tutup mata 'Bird Box Challenge', Netflix beri amaran

Cabaran tutup mata 'Bird Box Challenge', Netflix beri amaran
Cabaran 'Bird Box Challenge' kini menjadi 'kegilaan' baharu netizen selepas Netflix menerbitkan filem thriller Bird Box.
CABARAN ‘Bird Box' kini telah menjadi kegilaan baharu netizen selepas Netflix menerbitkan filem thriller Bird Box.

Filem yang dibintangi pelakon terkenal Sandra Bullock itu sudah mendapat lebih 45 juta tontonan sejak ia mula ditayangkan pada 13 Disember lalu.

Filem itu mengisahkan bagaimana Malorie (lakonan Bullock) berusaha melindungi keluarganya dari entiti misteri yang mengerikan dengan memakai penutup mata.

BirdBox
Susulan itu, orang awam cuba meniru aksi tersebut, dan ia sekali gus menjadi cabaran pertama yang tular bagi pembukaan 2019.

Mereka melalukan pelbagai perkara sambil menutup mata dengan menggunakan kain, termasuk lintas jalan, memasak dan bersenam.

Berikut adalah video cabaran yang dimuat naik oleh netizen di media sosial.




Cabaran ini bagaimanapun mengundang kritikan orang ramai, memandangkan ia mengugat keselamatan pelaku.

Pengeluar filem itu, Netflix juga turut memberi amaran dengan memuat naik sebuah kenyataan di laman Twitter rasminya.

“Kami tidak percaya yang kami harus mengatanya tetapi tolong jangan mencederakan diri anda dengan Bird Box Challenge.

"Kami tidak tahu bagaimana ia bermula, dan kami hargai sokongan anda, tapi Boy dan Girl (nama watak kanak-kanak dalam filem tersebut) hanya ada satu permintaan untuk 2019 iaitu jangan biarkan diri anda berakhir di hospital disebabkan oleh cabaran ini," kata Netflix dalam tweetnya pagi ini.



Tag: Twitter, video, media sosial, Bird Box Challenge, Netflix, tutup mata, BirdBox, cabaran


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.