Sebanyak 1,200 buah basikal ditempatkan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang dan Pekan hasil kerjasama dengan oBIKE Malaysia Sdn.Bhd. baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada warga kampus sebagai salah satu daripada aktiviti amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.
Bentuk muka bumi di UMP Kampus Gambang dan Pekan yang mendatar juga menjadi faktor utama untuk para mahasiswa menggiatkan diri mereka dalam penggunaan basikal.
Jika sebelum ini, mahasiswa terpaksa membeli basikal untuk kegunaan harian dan bagi mereka yang tidak mempunyai basikal pula terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke dewan kuliah.
Dengan adanya kemudahan oBIKE, semua mahasiswa berpeluang untuk menggunakan basikal untuk bergerak di sekitar kawasan universiti.
"Basikal oBIKE akan memudahkan lagi mahasiswa untuk pergi ke kuliah dan dalam masa yang sama akan menjadikan para mahasiswa lebih aktif dengan melakukan aktiviti berbasikal pada masa lapang mereka," kata Nurmahirah Ridzuwan mahasiswa tahun 2 dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian.
Begitu juga dengan Nur Hada binti Zamanhuri dari Fakulti Teknologi Kejuruteraa pula berpendapat bahawa inisiatif ini akan mengurangkan masa untuk mahasiswa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam kampus.
Beliau mengharapkan mahasiswa lebih bertanggungjawab dalam menggunakan kemudahan ini dan tidak meninggalkan di merata tempat sehingga menjejaskan pemandangan atau imej universiti.
oBIKE kini diletakkan di UMP selama 2 bulan untuk tempoh percubaan.
Inisiatif ini juga dilihat memberikan peluang kepada UMP untuk meningkatkan kedudukan Universiti dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking sebagai salah satu pencapaian dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kawasan universiti.
UMP kini berada di kedudukan keempat dalam UI-GreenMetric World University Ranking di Malaysia yang didahului oleh Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
_____________________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP Nazmi Nasir. Suntingan oleh Mimi Rabita Abd Wahit dari Bahagian Komunikasi Korporat, UMP.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***AwaniRangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang.
AWANI Rangers UMP
Sat Dec 09 2017
Kemudahan basikal oBike bukan sahaja untuk memudahkan mahasiswa tetapi juga meningkatkan kecergasan mereka - Foto Awani Rangers UMP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan