SEBELUM ini, pengasas produk kecantikan yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris', Datuk Aliff Syukri, pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak makan durian sambil bersila di lapangan terbang.

Kali ini, beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila tindakannya makan di tepi jalan di luar negara, menerima kritikan ramai.

Aliff memuat naik video beliau dan keluarga makan di tepi sebatang jalan di Zurich, Switzerland, ke akaun Instagram.

Bersama video itu, Aliff memuat naik kapsyen yang menjelaskan mengapa beliau terpaksa bertindak sedemikian.

"Sedih saya, pergi restoran bawa bekal sebab di sini makanan halal amat susah nak dapat. Baru bercadang nak pesan air untuk buat cover nak tumpang makan, tapi kami kena halau.

"Jadi kami makan saja di tepi jalan," tulisnya.

Tindakan itu menerima kecaman netizen, termasuk chef dan personaliti terkenal, Chef Wan.

Tindakan Datuk Aliff menerima kecaman netizen, termasuk chef dan personaliti terkenal, Chef Wan.



Di ruangan komen, Chef Wan berkata, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh mencemar imej pelancong dari Malaysia.

"Ia bukan satu paparan imej yang baik bagi pelancong Malaysia. Datuk (Aliff Syukri) bukan tak berduit.

"Imej rakyat Malaysia perlu dijaga apabila apabila ke luar negara. Tolong hentikannya," tulis Chef Wan.


Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan. I find that shocking. First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada. Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan. There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to. Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts. Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them. Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class! Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini. Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka. Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita. Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human brings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi. Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends. She said " Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention. Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak. Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time. Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media. Tersilap langkah habis la!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on


Kata Chef Wan lagi, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh disalah tafsir sebagai riak oleh masyarakat dan ia memberi imej negatif kepada golongan berada.

"Riak bukan sahaja tidak baik dalam agama, tetapi juga boleh menjejaskan imej seseorang.

"Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu hanya akan menjadikan kita bahan kutukan orang ramai.

"Anda mungkin ada duit, tapi duit tidak boleh beli kelas," nasihat Chef Wan.

Kebanyakan restoran di Malaysia, apatah lagi di luar negara menegaskan peraturan standard iaitu tidak membenarkan pelanggan membawa makanan sendiri dan menggunakan tempat duduk di dalam premis mereka.

Bagi senario seumpamanya di Malaysia, sesetengah orang berpendapat bahawa perkara itu boleh 'dimaafkan' jika sekurang-kurangnya memesan air di tempat tersebut.

Di luar negara pula, tindakan sebegitu masih dianggap tidak wajar dilakukan.

Soal membawa bekal makanan sendiri juga sesuatu yang tidak salah, namun terdapat tempat yang disediakan khusus untuk tujuan menjamu selera secara berkumpulan seperti di taman awam dan tempat hentian khas.