Pasukan sukan elektronik Counter Strike Global Offensive (CSGO) daripada China, TyLoo menjuarai Kejohanan Minor Asia pada Ahad, selepas mengalahkan pasukan Australia, Renegades 16-13, 16-12.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan gergasi China itu bukan sahaja membawa pulang wang tunai kira-kira RM126,000 malah melayakkan diri mereka ke Kejohanan CSGO ELeague Major, yang akan berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat pada 27 sehingga 29 Januari tahun hadapan.

Sebelum ke pusingan akhir, TyLoo mengalahkan pasukan senegara Cyberzen dan pasukan daripada Korea Selatan, Team MVP.
Sementara itu, wakil daripada Malaysia, Fire Dragoon terpaksa akur kemunculan sulung mereka berakhir pada perlawanan peringkat penentuan selepas tewas kepada CyberZen, 16-11.


Kejohanan CSGO Minor Asia yang dibawakan khas oleh PGL dan Astro eGG Network berlangsung sejak 28 Oktober sehingga hari ini di Pinewood Studios Iskandar Malaysia, Johor Bahru.