Dalam sardin ada cacing? Tiba-tiba, cacing 'nematoda' jadi tumpuan dunia

Dalam sardin ada cacing? Tiba-tiba, cacing 'nematoda' jadi tumpuan dunia
Cacing yang ditemui dalam produk ikan sardin dari negara China. - Sumber foto: Twitter/@DGHisham
KUALA LUMPUR : Sejak beberapa hari lalu, kecoh di platform media sosial apabila cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dari negara China.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, produk ikan sardin dari negara China mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing).

 

Namun, apakah sebenarnya nematoda itu? Ini apa yang perlu anda tahu:
  • Nematoda merupakan sejenis cacing daripada genus anisakis spp yang hidup dalam kitaran hidupan laut seperti ikan dan mamalia.
  • Ia berbentuk bulat panjang dan kelihatan seperti benang.
  • Nematoda mempunyai lebih dari 1,500 spesis di seluruh dunia.
  • Cacing nematoda ini lebih banyak dikaitkan sebagai haiwan perosak tumbuhan.
  • Cara-cara nematoda menyerang tumbuhan adalah dengan menghalang pergerakan air, zat makanan dan nutrien yang membantutkan pertumbuhan tanaman.
  • Nematoda ini dapat menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan seperti air laut, air bersih, tanah dan kawasan tropika.
  • Terdapat empat jenis nematoda yang hidup di Malaysia iaitu Nematoda Puru Akar, Nematoda Reniform, Nematoda Lession dan Nematoda Akar Padi.
  • Cacing ini merupakan parasit dan boleh menyebabkan manusia diserang penyakit Anisakiasis.
  • Anisakiasis akan menyebabkan seseorang mengalami demam, sakit badan dan cirit-birit jika terkena jangkitan ini.
Cacing yang ditemui dalam produk ikan sardin dari negara China. Foto: Twitter/@DGHisham
  • Antara golongan yang mudah terkena jangkitan ini adalah kanak-kanak.
Terdahulu, berdasarkan hasil analisis yang dijalankan, KKM mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. tidak mematuhi Akta Makanan 1983.